Thursday 15 November 2018

[Video Guan Eng: Pembangkang (Pas) ni memang cerewet betul lah] MP Umno ni di Parlimen pun nak BERBOHONG! Tun M: Saya tidak akan lakukan rombakan, tetapi PH mungkin mahu, PKR atau DAP atau AMANAH...Aikk, gitu pulak!

Jumaat, 16 November 2018
Foto Suara Rakyat.
KANTOI BOHONG !!!
Sekali lagi pemimpin UMNO berbohong di dalam parlimen dgn buat tuduhan palsu tidak benar dengan menambah tokok kenyataan Tun M kononnya di dlm laporan akhbar Utusan yg bertarikh 10 Nov. 2018 ada mengatakan "penoreh getah dan peneroka sawit yg tak dapat insentif akibat akibat Monsun Timur Laut serta harga komoditi yang rendah mereka perlu bekerja dengan lebih keras".

Selepas disemak laporan akhbar tersebut, TIADA SATU PUN AYAT ATAU KENYATAAN YANG MENGATAKAN "mereka perlu bekerja dengan lebih keras" sptmana yg didakwa Ahli Parlimen Bera (BN), Ismail Sabri.

#UMNOdanFitnahBerpisahTiada

http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/15/siapa-dari-ph-cakap-nelayan-peneroh-getah-perlu-bekerja-lebih-keras-buktikan/

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/kerajaan-tidak-berminat-memberi-insentif-kepada-nelayan-penoreh-getah-dan-peneroka-sawit-1.784662
 — dengan Ismail Sabri YaakobDr. Mahathir bin Mohamad dan RSN Rayer, Jelutong.

Dr M: Baru 6 bulan, belum pertimbang rombakan kabinet

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau belum mempertimbangkan untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan.
Pengerusi Pakatan Harapan itu ditanya tentang kemungkinan kabinet dirombak berikutan PKR, satu daripada parti komponen dalam pakatan itu, baru selesai mengadakan pemilihan jawatan dalam parti.
“Saya tidak akan melakukannya (rombakan), tetapi Pakatan Harapan mungkin mahu. Mereka mungkin mahu, mereka mungkin desak. Jadi, saya perlu pertimbangkan. Bagaimanapun bagi diri saya, saya belum buat keputusan berkaitan rombakan,” katanya di akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Singapura hari ini.
Ditanya ‘siapa’ yang mereka maksudkan itu, Dr Mahathir berkata : "Mereka adalah parti lain. PKR atau DAP atau AMANAH.”
“Adalah sukar untuk menilai prestasi menteri Kabinet. Saya tidak mahu melakukan pertukaran kerana ia membawa kepada kurang keyakinan,” katanya.
Oleh sebab timbul kebimbangan tentang prestasi sesetengah menteri, Dr Mahathir berkata mereka akan diberi peluang.
“Mereka masih baru dan kami perlu berbincang dengan mereka. Saya mesti akui bahawa mereka tidak biasa berada dalam kerajaan. Mereka lebih biasa dengan keadaan sebagai pembangkang. Jadi, ada antara perkara yang mereka lakukan mencerminkan kedudukan mereka sebagai pembangkang.”
Ditanya selama mana beliau bersedia memberi mereka masa, Dr Mahathir berkata : “Saya tidak pasti.”
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena