Thursday 15 November 2018

[Video BICARA NAJIB-Kleptokrasi SPRM bertindak lagi] Masa DSAI hadapi tuduhan dulu Nazri, Hishamuddin, Mazlan semua cabut lari! Bro, KALAU SAMUN PUN DAH JUTA2...Ikat jamin pun juta2 lah..Lagi satu bro (Isham Jalil), janganlah tunjuk sangat 'tak cerdik aka kebodohan' tu.

Jumaat, 16 November 2018
Masa DSAI hadapi tuduhan dulu semua cabut... 
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and suit
Sekali pandang gambar ini biasa sahaja, tidak ada apa-apa yang boleh atau perlu dipolitikkan. Tetapi bagi mereka yang kurang arif dan mudah terangsang oleh gambar ini ia membawa seribu makna.  

Kedua orang dikiri Anwar, Nazri dan Hishamuddin adalah orang penting dalam politik Umno hari ini walaupun mereka bukan presiden dan naib presiden.  

Mereka dilihat berpotensi untuk menjadi regu mana-mana pihak dalam Pakatan Harapan - (baca Dr Mahathir dan Anwar) kerana mereka masih boleh dianggap kotor dan jahat kerana belum didakwa. 

Dan Anwar yang kini sedang mengukuhkan akar politiknya memerlukan sesiapa sahaja bagi mengukuhkannya.  

Hishamuddin Hussein sebelum ini dilaporkan berjumpa dengan Dr Mahathir. Manakala Nazri Aziz pula sudah ditolak oleh anak Dr Mahathir dengan satu kenyataan yang agak pedih berbunyi; orang seperti Nazri tidak diperlukan Umno? - MSO 

BRO, KALAU SAMUN PUN DAH JUTA-JUTA....

Bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil mempertikai keputusan mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM1 juta terhadap Rosmah Mansor yang dituduh menerima rasuah berkaitan projek solar untuk sekolah-sekolah di Sarawak.

Turut didakwa bersama Rosmah hari ini ialah bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor yang juga dikenakan ikat jamin sebanyak RM1 juta oleh mahkamah.
Isham mempertikai jumlah itu kerana katanya, dalam pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kepada Najib dan Rosmah sebelum ini, pasangan itu sudah pun membayar sebanyak RM12.6 juta ikat jamin kepada mahkamah.

Hello bro...kalau dah samun pun juta-juta, mestilah ikat jamin kena berjuta juga jumlahnya!
Takkan nak kena ikat jamin sebanyak RM5,000 saja macam orang curi makanan di pasaraya misalnya. Lagilah tak logik nanti.

Lagi satu bro...janganlah tunjuk sangat "tak cerdik"  tu depan orang ramai dengan mempertikai benda-benda simple macam ni!! (ShahbudinHusin 15/11/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena