Saturday 10 November 2018

[Video Khalid Samad: POLITIK MELAYU ISLAM relevannya di zaman Millennium] 'Pelaq!', Mat Sabu tempelak Pas & 180 hari Abang Mat dicemburui walaun2! ZAHID HAMIDI SEMAKIN TEMPANG...

Ahad, 11 November 2018

'Pelaq!', Mat Sabu tempelak PAS

Related image
100 Hari Mohamad Sabu... 
Bukan mudah bagi seorang tokoh politik yang baharu diberi amanah kepimpinan negara untuk mengemudi sebuah kementerian yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan polisi sebuah negara, apatah sebuah kementerian yang turut berperanan besar di peringkat antarabangsa. 

Begitulah yang perlu dihadapi Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali di kalangan aktivis politik sebagai ‘Abang Mat’. Segala pengalaman dan kemahiran yang beliau miliki sepanjang bergelumang dalam arena politik dan memantau pentadbiran negara, perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengemudi sebuah kementerian yang disifatkan antara paling kanan dalam negara ini. 

Sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan lewat PRU-14 lepas, Mohamad lebih tertonjol sebagai seorang yang sangat sederhana dan tidak kurang yang hanya mengingati beliau sebagai tokoh pemidato yang sering menyelit unsur humor dalam setiap ceramahnya tanpa mengetahui bahawa beliau bukan sahaja berupaya memacu kementeriannya dengan baik tetapi pemikirannya terhadap isu-isu global dan antarabangsa tidak wajar dipandang sepi. 

Selain itu, sepanjang mengetuai Kementerian Pertahanan selama kurang lebih 5 bulan, Mohamad telah memainkan peranan yang amat signifikan dalam beberapa isu antarabangsa dan menerajui diplomasi pertahanan bagi mengukuhkan hubungan dan kerjasama pertahanan rentas negara khusus di kalangan negara anggota ASEAN seperti Jepun, Singapura, Indonesia, Filipina bahkan bersama negara kuasa besar seperti Amerika dan China baru-baru ini. 

Terdapat sekurang-kurangnya 12 persidangan antarabangsa serta perjanjian dua bahkan pelbagai hala telah ditandatangani khusus membabitkan dasar pertahanan negara. 

ZAHID HAMIDI SEMAKIN TEMPANG...

Meskipun Zahid Hamidi berjaya mengelakkan dirinya daripada tekanan agar bercuti sementara sebagai Presiden UMNO dalam mesyuarat MT pada Jumaat lalu, realitinya kedudukan beliau dari segi penerimaan ahli parti tidaklah menjadi semakin baik.

Tidak lama selepas berasa lega kerana cadangan Pemuda UMNO agar beliau bercuti sementara untuk menyelesaikan 45 kes mahkamahnya ditolak oleh MT, Zahid Hamidi sepatutnya sudah boleh menarik nafas lega dan dapat meneruskan tugasnya dengan selesa.

Tetapi, kunjungannnya ke Johor semalam memberi tekanan baru kepadanya apabila sebahagian Ketua-Ketua UMNO bahagian negeri itu terus mendesaknya agar mengambil cuti sehingga kesnya selesai.

Mereka secara terbuka (meskipun hanya enam Ketua Bahagian dibenarkan bercakap kerana kesuntukan masa) mahukan beliau bercuti dan memberikan pelbagai hujah secara berterus-terang untuk menyokong saranan bercuti itu.

Walaupun Zahid Hamidi menolak desakan mereka itu, gambarannya ialah wujud sebilangan Ketua-Ketua UMNO Bahagian Johor yang tidak setuju dengan keputusan MT UMNO pada sehari sebelumnya yang mahukan beliau terus kekal menjadi Presiden UMNO.
Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana biasanya Ketua-Ketua Bahagian akan akur kepada apa juga keputusan MT UMNO, tambahan lagi jika melibatkan seorang Presidennya sendiri.

Bagaimana dengan Ketua-Ketua Bahagian di negeri-negeri yang lain?

Adakah mereka ketika ini masih menyokong Zahid Hamidi 100 peratus atau jika diadakan dialog terbuka, mereka juga akan meluahkan perasaan yang sama seperti Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Johor itu?

Selain itu, Zahid Hamidi juga bagaikan tertampar dengan tindakan bekas Bendahari UMNO yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Abdul Azim Zabidi yang mengumumkan keluar parti kerana tidak setuju dengan keengganan mengambil cuti berikutan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Apakah langkah Abdul Azim ini akan dituruti oleh ramai lagi individu berpengaruh lain dalam UMNO?

Dalam hal ini, Zahid Hamidi tidak harus memandang ringan satu demi satu babak penolakan yang ditujukan kepadanya. Ia adalah gambaran penolakan yang jelas kepadanya.

Jika berterusan ia tentu saja memberi kesan kepada usaha memulihkan parti dan kemampuan untuk berdepan cabaran dalam pilihanraya akan datang.
Dalam keadaan masih banyak kerja dan usaha perlu dilakukan untuk meyakinkan rakyat agar menerima kembali UMNO, kedudukan Zahid Hamidi yang semakin tempang dan ditolak di sana sini tentu saja menambahkan lagi kesukaran yang sedia ada itu.

Lebih buruk jika berlaku perbicaraan dan banyak perkara berkaitan 45 pertuduhan yang dihadapinya terdedah di mahkamah serta butirannya nanti dapat diketahui oleh rakyat melalui pelbagai saluran media.

Keputusan MT mengekalkan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan menolak cadangan agar beliau bercuti sebenarnya adalah suatu keputusan yang langsung tidak memberi kebaikan kepada masa depan UMNO.

Ia hanyalah memberi ruang kepada Zahid Hamidi untuk berlindung dan bergayut atas nama UMNO di sebalik pertuduhan yang sedang dihadapinya,  tetapi di akhirnya nanti, terutama apabila hukuman sudah dijatuhkan,  nama UMNO itu sendiri yang akan tercemar dan busuk kerana kelakuan seorang Presidennya. (ShahbudinHusin 11/11/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena