Saturday 10 May 2014

Hadiah Hari Guru: Semakin ramai perasan pendidikan negara sedang NAZAK!

Sabtu, 10 Mei 2014
Hadiah Hari Guru
Photo: Kepincangan KPM ▪ Tolong Admin...... SHARE setiap orang dalam page ini. Tolong....

HADIAH HARI GURU 2014!!!

SATU SOKONGAN!
SATU USAHA!
SATU SUARA!

Kepincangan KPM  Tolong Admin...... SHARE setiap orang dalam page ini. Tolong....
HADIAH HARI GURU 2014!!!
SATU SOKONGAN!
SATU USAHA!
SATU SUARA!

Isu Jemputan  Hari persekolahan. Guru-guru yang dijemput tidak bersekolah?

Siapakah yang akan hadiri diwaktu PDP pada hari Jumaat?

Relevankah?

 MMi  Umpama mengajar ketam berjalan ke depan


Isu MMi  Umpama mengajar ketam berjalan ke depan.

Bukti kepincangan KPM yang lansung tidak menghormati dasar yang dibuat oleh mereka sendiri!

Selepas ini, sekolah boleh laksanakan apa jua aktiviti tanpa mengambil kira waktu PDP.

Tahniah KPM!

Sistem Pendidikan Negara Sangat Lemah
30 mins 
 

KBSM, Smartschool, Kluster, Premier, SBT, PBS dan lain-lan...apa dah jadi dan apa akan jadi..kita sama-sama tengok..
 — with Pakatan Rakyat SarawakJebat Pejuang JebatHakim Rakyat and 47 others.

Sistem pendidikan negara gagal, perlu perubahan radikal, kata Ku Li

Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata sistem pendidikan negara sedia ada sekarang tidak berkesan membentuk negara maju sehingga memerlukan perubahan yang drastik dan radikal.
Selain gagal dalam penilaian antabangsa, pemimpin veteran Umno itu yang juga dikenali sebagai Ku Li mendakwa sistem pendidikan gagal memupuk integrasi kaum serta gagal menghasilkan modal insan berilmu, berprinsip dan mampu berfikir. 
"Kita memerlukan sistem pendidikan yang dikagumi dan diidami; sistem di mana ibu bapa berebut dan berlumba untuk mendapat tempat bagi anak mereka di sekolah awam aliran kebangsaan yang tinggi nilai ekonominya dan sekali gus tidak menghiraukan sistem persekolahan saingan.
"Diharapkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025 mengambil kira pandangan ini dengan maksud untuk melaksanakannya," katanya ketika berucap di majlis penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat (Kewangan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata, sistem pendidikan negara juga gagal membentuk pelajar menguasai komunikasi sehingga kedudukan negara yang dihormati satu waktu dahulu kini terhakis.
Tengku Razaleigh berkata, sistem pendidikan sepatutnya menyumbang kepada keutuhan integrasi kaum tetapi kini polarisasi antara kaum adalah pada tahap yang parah dan mengkhuatirkan.
"Sebagai orang lama yang menyaksikan pahit getir perjalanan panjang Malaysia, saya sangat sedih dengan apa yang berlaku.
"Paling menyedihkan, polarisasi ini juga wujud di institusi pengajian tinggi di mana masyarakatnya terpelajar," katanya.
Beliau berkata, sistem pendidikan negara sangat lemah sehingga mendapat perhatian dunia termasuk laporan Bank Dunia pada Mac lalu mengenai kebimbangan mutu pendidikan rendah serta penilaian menggunakan standard antarabangsa iaitu Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trend Pembelajaran dalam Sains dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) yang turut meletakkan Malaysia di tahap rendah.
"Penting bagi kita menerima penilaian ini dengan terbuka, dengan cara ini proses penambahbaikan akan dapat kita laksanakan secepat mungkin.
"Penerimaan hakikat ini juga boleh melicinkan usaha kita memperbaiki falsafah, pelaksanaan, penyampaian serta penerimaan dan penghayatan sistem tersebut," katanya.
Beliau mendakwa, kelemahan itu menyebabkan pembangunan ekonomi negara semakin ketinggalan berbanding prestasi negara yang dahulunya dianggap lebih ke hadapan daripada Hong Kong Taiwan, Singapura dan Korea Selatan.
Katanya, pada 1980 pendapatan per kapita Korea Selatan adalah AS$2,322 dan lebih rendah daripada Malaysia pada kadar AS$2,351.
Tetapi hari ini, katanya, pendapatan per kapita Korea Selatan lebih handal dengan AS$24,328 dan dua kali lebih besar daripada negara pada kadar AS$10,547.
"Soalnya apakah kehebatan tindakan mereka dan di manakah salahnya kita dalam usaha membangunkan negara masing-masing.
"Kiranya kita jujur dalam menjawab soalan ini mungkin kita dapat menghasilkan pendekatan lebih berkesan untuk membangunkan negara demi kebaikan kita semua, terutama generasi akan datang," katanya.
Beliau turut membidas persepsi masyarakat akan hilang jati diri jika menggunakan bahasa Inggeris sebagai 'lingua franca', sebaliknya mengingatkan negara akan ketinggalan dan terus terpinggir daripada arus globalisasi jika tidak menguasainya.
"Usahlah kita berbalah mengenai isu bahasa. Tidak hilangnya identiti, budaya dan adat resam kita seandainya kita menguasai lebih banyak bahasa.
"Malah penghayatan budaya dan adat resam kita akan lebih melangkaui sekiranya masyarakat kita menguasai bahasa global ini," katanya. – 10 Mei, 2014. TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena