Saturday 10 May 2014

Lawak Bodoh Hudud Harith Iskandar...Mereka tidak memahami hudud - Kumutha

Sabtu, 10 Mei 2014
Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Kumutha Raman

Mereka tidak memahami hudud
KUALA LUMPUR: Tindakan Wanita MCA membuat laporan polis berhubung hasrat PAS Kelantan membentangkan usul Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan disebabkan kurangnya kefahaman mereka terhadap hukum tersebut.

Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP), Kumutha Raman, berpandangan tindakan itu disebabkan mereka bukan beragama Islam dan tidak memahami secara jelas berkaitan hukum jenayah Islam.


"Mereka tidak tahu dan tidak faham tentang hudud. Sebab itu mereka bimbang dan mendakwa akan menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.


"Jika mereka faham apa itu hudud, saya fikir mereka tidak mempunyai masalah dengan hasrat kerajaan negeri Kelantan itu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang menyokong pelaksanaan hukum hudud menambah, jika rakyat bukan Islam di negara ini diberikan penerangan secara terperinci berkaitan hudud, ia tidak menimbulkan pelbagai kerisauan dan persoalan di kalangan mereka.


Berdasarkan pengalaman beliau menjadi salah seorang panelis pada majlis forum berkaitan hudud di Sabak Bernam, minggu lalu, beliau mendapati kebanyakan hadirin bukan Islam yang membangkitkan persoalan berkaitan hudud akhirnya jelas dan faham dengan penerangan yang diberikan pada majlis tersebut.


"Saya ditemui hadirin selepas tamat forum hudud tersebut yng akhirnya mengakui faham tentang hudud ini. Malah ada di kalangan mereka yang berasakan pelaksanaan hudud ini boleh membantu mencegah kegiatan jenayah yang semakin berleluasa," jelas beliau.


Ekoran penerimaan itu, Kumutha yang juga penasihat undang-undang di sebuah firma guaman, mengharapkan lebih banyak siri forum penerangan berkaitan hudud diadakan bersama nonmuslim dengan menampilkan para ahli panel yang berkelayakan.


Malah, katanya menampilkan ahli panel di kalangan wakil DHPP yang memahami berkenaan hudud juga amat dialu-alukan bagi memudahkan lagi komunikasi di antara kelompok bukan Islam.
Semalam, Wanita MCA melalui Setiausaha Agungnya, Ooi Siew Kim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, mendakwa usul tersebut bakal menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama.


Mereka juga bimbang ia akan mengancam dan menjejaskan ketenteraman rakyat secara umum. - HARAKAHDAILY,


ISU HINA HUDUD .. PELAWAK HARITH ISKANDAR MOHON MAAF 



Pelakon dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai.

Jelasnya, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.

"Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak.

"Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal.

Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud.

Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.

Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis.

Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.

"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.

"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena