Friday 9 May 2014

Hari ini 9 Rejab bersamaan 9 Mei... Propaganda Umno calon Pas di Bukit Gelugor...

Jumaat, 9 Mei 2014

Propaganda umno dgn mengatakn pas akn menghantar calon utk bertnding di prk bkit gelugor..sebnrnya calon tu ahli umno http://t.co/jSjwl2CU62

Kerana mimpi hudud akan dilaksana di Pulau Pinang, seorang 'Ahli PAS' (Ahli Umno Gombak) mahu bertanding di Bukit Gelugor


Seorang 'ahli PAS', Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar, menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.


No. Ahli Umno Nabi Bux 02700360 Cawagan Kg Banjar, Gombak

Penamaan calon ditetapkan Isnin ini. Mohamed Nabi, 63, seorang ahli perniagaan yang telah bersara, merupakan orang kedua mengumumkan hari ini hasrat untuk bertanding di Bukit Gelugor selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan melancarkan pusat operasinya di Air Itam hari ini.

Bagaimanapun, pemimpin PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim terkejut dengan tindakan Mohamed Nabi itu, dengan berkata bahawa parti itu akan melancarkan jentera dan pusat operasi untuk menyokong DAP di Bukit Gelugor.

DAP akan menamakan calonnya esok, manakala MCA masih membisu sama ada akan bertanding di kerusi tersebut, di mana calonnya Teh Beng Yeam kalah kepada mendiang Karpal Singh dengan majoriti 41,778 undi dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.

Mohamed Nabi berkata beliau mahu menyertai pertandingan itu berdasarkan polisi PAS dan prinsip-prinsip Islam, dan bahawa beliau telah bermimpi bahawa hudud akan dilaksanakan di Pulau Pinang pada tahun 2020.

Beliau juga merayu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya bertanding di kerusi tersebut yang menjadi kosong selepas kematian Karpal dalam nahas jalan raya pada 17 April.

"Jika tidak, saya akan bertanding sebagai calon bebas. Saya tidak akan keluar PAS dan akan kekal dalam parti itu dan berjuang untuk Islam," kata Mohamed Nabi dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau menggesa pengundi di Bukit Gelugor menyokongnya, yang mengikutnya, bermakna menyokong hudud juga, kerana beliau akan terus berjuang untuk Islam di Pulau Pinang.

Beliau juga mempersoalkan mengapa negeri seperti Pulau Pinang dan Terengganu tidak merancang untuk melaksanakan undang-undang jenayah Islam apabila Kelantan telah memutuskan untuk berbuat demikian.

"Brunei juga telah mula melaksanakan hudud. Seperti yang saya tahu, ia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan tiada siapa yang menentangnya," kata Mohamed Nabi.

Ditanya sama ada beliau bimbang mungkin dipecat oleh PAS, Mohamed Nabi berkata beliau tidak fikir itu akan berlaku.

"Saya tak fikir begitu dan saya juga tidak fikir Hadi akan menghalang saya daripada bertanding," katanya.

Mohamed Nabi berkata PAS cawangan Kampung Banjir di Batu Caves, tetapi pada masa ini menjadi ahli biasa dalam bahagian Gombak lapor Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena