Friday 9 May 2014

ISMA Ibarat 'Badut sarkas'! "Saya menggeletar ketakutan" - Vell Paari

Jumaat, 9 Mei 2014
ISMA MAKIN BERCELARU


ISMA MAKIN BERCELARU

Politik Tawar Menawar ISMA..Kalau PAS tidak mahu sepakat dengan UMNO , PAS boleh sepakat dengan ISMA..

Hidup baru setahun jagung..Baru masuk politik sehari dua..Dia pulak yang lebih sudu dari kuah..Agaknya ISMA ni datang dari Marikh agaknya..Tak pun tertelan panadol dengan Buah Durian.
Photo: Hari ini hari yang gembira buat admin kerana dunia sudah menyaksikan KEBODOHAN dan sikap TALAM DUA MUKA Ikatan Muslimin Malaysia terhadap DAP..Boleh dikatakan setiap hari ISMA menyerang PAS dengan dikatan :

PAS hilang jati diri bila bersama DAP
PAS kuda tunggangan DAP
PAS gadai agama bila bersama DAP
PAS diperalat DAP untuk agenda kristianisasi
PAS digula-gula DAP 
PAS penting kuasa sehingga sanggup menyerahkan Pulau Pinang pada DAP..
PAS gadai prinsip Islam 
PAS lari asolah dakwah
PAS diserang parasit
PAS diperkudakan DAP/ PKR
PAS ketepikan ulamak
PAS tidak majoriti dlm PR

Tak cukup dengan itu ISMA turut menyerang DAP & Pakatan Rakyat dengan dakwaan :

DAP anti Melayu
DAP anti Islam 
DAP mahu tukar perlembagaan
DAP sama PAP di Singapore
PKR tak pejuang Islam 
PKR perjuang liberaslime
PKR sokong pluralisme
PKR / Anwar agent Yahudi, Amerika, Australia...

Namun hari ini apa pula ISMA hendak cakap dan tohmah pada PAS & anggota PR yang lain??..Orang yang dihentam oleh ISMA setiap hari iaitu LGE memberi sumbangan kepada PALESTIN..bukan bagi sumbangan pada KOMUNIS tapi pada PALESTIN..orang yang dicakap oleh ISMA sebagai individu ANTI ISLAM , ANTI MELAYU , GADAI TANAH MELAYU , GADAI PERJUANGAN MELAYU..hari ini individu itu memberi sumbangan kepada AMAN PALESTIN BERHAD tajaan ISMA..

Malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tapi apakan daya..ISMA memang tiada sifat malu dalam diri..menyerang ulamak pon tak malu apatah nak buat perkara mungkar yang lain..dahulu bukan main tentang TAHALLUF SIYASI..sekarang apa pula hujah BODOH ISMA??..

ISMA SEDANG MENJILAT LUDAH MEREKA SENDIRI.

HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAH
Hari ini hari yang gembira buat admin kerana dunia sudah menyaksikan KEBODOHAN dan sikap TALAM DUA MUKA Ikatan Muslimin Malaysia terhadap DAP..Boleh dikatakan setiap hari ISMA menyerang PAS dengan dikatan :

PAS hilang jati diri bila bersama DAP
PAS kuda tunggangan DAP
PAS gadai agama bila bersama DAP
PAS diperalat DAP untuk agenda kristianisasi
PAS digula-gula DAP
PAS penting kuasa sehingga sanggup menyerahkan Pulau Pinang pada DAP..
PAS gadai prinsip Islam 
PAS lari asolah dakwah
PAS diserang parasit
PAS diperkudakan DAP/ PKR
PAS ketepikan ulamak
PAS tidak majoriti dlm PR

Tak cukup dengan itu ISMA turut menyerang DAP & Pakatan Rakyat dengan dakwaan :

DAP anti Melayu
DAP anti Islam
DAP mahu tukar perlembagaan
DAP sama PAP di Singapore
PKR tak pejuang Islam
PKR perjuang liberaslime
PKR sokong pluralisme
PKR / Anwar agent Yahudi, Amerika, Australia...

Namun hari ini apa pula ISMA hendak cakap dan tohmah pada PAS & anggota PR yang lain??..Orang yang dihentam oleh ISMA setiap hari iaitu LGE memberi sumbangan kepada PALESTIN..bukan bagi sumbangan pada KOMUNIS tapi pada PALESTIN..orang yang dicakap oleh ISMA sebagai individu ANTI ISLAM , ANTI MELAYU , GADAI TANAH MELAYU , GADAI PERJUANGAN MELAYU..hari ini individu itu memberi sumbangan kepada AMAN PALESTIN BERHAD tajaan ISMA..

Malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tapi apakan daya..ISMA memang tiada sifat malu dalam diri..menyerang ulamak pon tak malu apatah nak buat perkara mungkar yang lain..dahulu bukan main tentang TAHALLUF SIYASI..sekarang apa pula hujah BODOH ISMA??..

ISMA SEDANG MENJILAT LUDAH MEREKA SENDIRI.

ISMA Ibarat "Badut sarkas"!

"Badut sarkas" Isma langsung tidak melucukan
Sonia Ramachandran
PETALING JAYA: Sungguh mengagumkan apabila sebuah kumpulan yang terkenal kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan dan tidak masuk akal, memberitahu orang lain (yang bercakap dengan wajar) supaya "jangan celupar".
Inilah apa yang dilakukan naib presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdul Rahman Mat Dali, apabila beliau memberi amaran kepada pengarah strategik MIC, Datuk Seri S Vell Paari supaya “tidak celupar dalam mengeluarkan sebarang kenyataan”.
Semuanya kerana Vell Paari telah mempertahankan masyarakat Cina selepas presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman melabelkan kaum Cina di Malaysia sebagai "penceroboh".
Vell Paari tidak mempedulikannya dan berseloroh, "Saya menggeletar ketakutan. Tapi secara serius, saya masih percaya bahawa Isma bukan suatu penyakit kelamin, tetapi penyakit menyebarkan hasutan."
Isma telah tersinggung disebabkan kenyataan Vell Paari bahawa apabila beliau pertama kali mendengar nama "Isma", beliau menyangka bahawa ia adalah sebuah penyakit kelamin.
"Saya tidak bergurau. Itu apa yang saya betul-betul fikirkan. Tetapi sekarang saya tahu bahawa Isma bukannya penyakit kelamin, tetapi sesuatu yang jauh lebih buruk. Ia adalah penyakit yang lebih melemahkan, yang jika dibiarkan boleh merosakkan semua yang telah kita capai sehingga sekarang," Vell Paari dipetik sebagai berkata mengenai komen "penceroboh” Isma itu.
Selain memanggil kaum Cina penceroboh, Abdullah juga berkata bahawa nenek moyang kaum Cina Malaysia "bersekongkol dengan British untuk menindas orang Melayu."
"Orang Cina datang ke negara ini dengan British sebagai penceroboh. Siapa yang telah memberikan mereka kewarganegaraan dan kekayaan, sehinggakan hasil pencerobohan mereka dilindungi sehingga hari ini?" katanya.
Abdullah berkata ini adalah satu kesilapan yang harus diperbetulkan, tetapi tidak menyatakan bagaimana ini harus dilakukan.
Vell Paari menyifatkan Isma sebagai "seorang lagi badut yang telah menyertai sarkas", tetapi telatah mereka "sangat tidak melucukan."
Abdul Rahman dilaporkan berkata bahawa kenyataan Vell Paari yang menyamakan Isma dengan penyakit kelamin dan badut adalah "sangat keterlaluan" dan seolah-olah mencabar Isma dan masyarakat Melayu Islam secara keseluruhan.
“Apabila dia berkata sebegitu, itu sudah cukup menggambarkan dirinya yang badut dan berpenyakit.”
“Lebih dari itu, saya katakan dia seperti kurang akal dan bersifat kebudak-budakan,” kata Abdul Rahman.
Vell Paari membalas: "Mereka telah menuduh saya kebudak-budakan. Tetapi bagaimana lagi yang boleh saya mendekati orang-orang yang kelihatannya seperti masih memakai lampin, jika dilihat dari intelek mereka?
"Oleh kerana ianya seolah-olah mustahil untuk mereka ini melibatkan diri dalam perbincangan secara terhormat dan matang, saya terpaksa turun ke tahap mereka untuk menyampaikan mesej saya. Kumpulan seperti Isma adalah ancaman kepada negara ini, pandangan serong dan taksub mereka akan meletakkan kita di jalan kebinasaan.
"Oleh itu saya gembira bahawa Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) telah mengarahkan siasatan. Tetapi saya berharap ia bukan hanya percakapan. Mereka yang membuat kenyataan berbahaya dan berunsur hasutan perlu menghadapi tindakan."
Pada 7 Mei, Khalid dilaporkan berkata bahawa Abdullah telah disiasat kerana didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan di bawah Akta Hasutan 1948.
Tetapi Vell Paari yang tepat. Siapakah Isma untuk menggelarnya kebudak-budakan?
Bukankah mereka organisasi sama yang menuduh sebuah gereja di Seremban cuba memurtadkan orang Islam apabila iklan muzikal Easter mereka dicetak Bahasa Malaysia, sedangkan gereja itu hanya mengikuti undang-undang majlis perbandaran yang memerlukan mereka menggunakan Bahasa Melayu?
Jadi adakah ianya bukan suatu masalah bagi Isma untuk mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan orang Cina dan India, yang juga merupakan rakyat Malaysia, tetapi tidak jika kenyataan dibuat terhadap mereka?
Isma, jika anda suka memberi, sedialah menerima kembali jika ada yang membalas.
Sementara itu, bekas Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata bahawa kerajaan persekutuan dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang tidak melakukan secukupnya untuk membendung kebencian antara kaum dan agama.
"Itulah tanggapan semasa kini, sewaktu pelbagai pihak semakin berani menyemarakkan emosi dan sensitiviti tanpa disekat," katanya.
Ong yang merupakan penasihat eksekutif Yayasan Bina Nusa Malaysia (YBNM) berkata: "Ia seolah-olah kesungguhan politik 1Malaysia telah benar-benar mati atau menyerah kepada ketaksuban agama dan etnik demi kepentingan politik, yang merupakan satu situasi yang menyedihkan bagi rakyat Malaysia.
Presiden YBNM, Datuk Seri Dr How Kok Choong dan jawatankuasa eksekutif beliau turut menggesa kerajaan untuk segera mengambil tindakan, dan juga badan-badan yang dilantik seperti Majlis Perundingan Perpaduan Nasional, Pergerakan Kesederhanaan Global dan menteri-menteri yang bertanggungjawab untuk mengecam dan mengambil tindakan.
"Jika tidak, ia boleh dilihat bahawa kerajaan dan badan-badan ini hanya bercakap kepada rakyat dan tidak serius mengenai perpaduan negara.
"Kami akan mengambil tindakan untuk bertemu dengan rakan-rakan yang berfikiran serupa dan badan-badan yang dilantik, untuk mengenengahkan betapa seriusnya kebimbangan rakyat, dan memantau keadaan untuk melihat bagaimana kita boleh mencegah pihak yang tidak bertanggungjawab daripada merosakkan kestabilan politik dan kaum negara kita dengan membuat kenyataan berunsur hasutan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena