Saturday 6 September 2014

Apa hikmahnya 'parti serpihan' PAS?...Fitnah Presiden & Buah Najib Terbaik!

Ahad, 7 September 2014

Ke Mana Arah PasMa? - Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Phahrolrazi Mohd Zawawi (gambar) berkata NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS. ADUN Pengkalan Kundor itu berkata, PsMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana.

"Dengan kata lain, peranan utama kami adalah untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah,” katanya kepada Malaysiakini.
"Bagaimanapun, politik adalah seni kemungkinan. Kumpulan dan pemimpin yang menyertai forum kami mungkin menimbulkan idea untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS apabila melihat perkembangan baru, contohnya PAS cuba keluar dari Pakatan,” katanya.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS. Laporan yang timbul setakat ini menyebut, PKR dan DAP merancang untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Phahrolrazi berkata, NGO berkenaan juga tidak berniat untuk menggulingkan kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.

"Rangka kerja dalam parti tidak membenarkan kami untuk membincangkan isu sensiti, kami perlu merujuk kepada proses parti jika ingin menjemput sesiapa untuk berbincang.
“Jadi kami lakukan ini di luar rangka kerja parti,” katanya.
 (MK)


Apakah hikmah wujudnya parti serpihan PAS?



HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS akan tetap teguh kerana berkali-kali telah terbukti sebagai parti yang tidak mudah untuk dihapuskan, tulis Aspan Alias.

Malah, menurutnya setelah beberapa kali kejadian wujudnya parti serpihan berlaku PAS telah menunjukkan yang ia adalah parti yang tetap di hati sebahagian besar rakyat yang beragama Islam dan Melayu.

Menurutnya lagi, malahan serpihan kepada PAS nyata telah kehilangan sokongan ramai dan parti-parti serpihan itu kini hanya tinggal pada nama sahaja.

"Tidak kita ketahui sama ada parti-parti serpihan itu telah menghantar laporan tahunan kepada pendaftar pertubuhan dengan sempurna.

"Apakah hikmah dari kejadian seperti ini?" tulis beliau di dalamblognya, semalam.

Hikmahnya, bagi beliau ialah semua mereka yang tergulung kepada pemimpin dan ahli-ahli yang tidak setia kepada parti akan keluar dari parti itu.

Ini, ujarnya merupakan pembersihan kepada PAS dan ia adalah biasa dalam mana-mana parti di negara ini.

"Seperti tubuh manusia, tubuh kita akan menjadi lemah dan tidak sihat jika dalam tubuh kita di penuhi dengan ‘toxic’ yang akan membuatkan tubuh kita tidak sihat dan menghadapi berbagai-bagai penyakit pada masa yang akan datang," tulisnya lagi. HARAKAHDAILY 7/9/2014

Fitnah...Berniat Jahat!
Kerana tidak pernah mengkhianati rakan-rakannya dalam Barisan Nasional..

BLM.
Foto

Buah Najib Terbaik!

"Buah Najib"

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena