Wednesday 12 December 2018

[Video Sup, sup! Pandikar: Tergamak anda cabar saya letak jawatan & Pandikar tak nampak 'hantu' Kit Siang masuk Dewan Rakyat] Hidup Sabah! Pandikar Amin Mulia & Salleh Said Keruak pun keluar Umno...Tinggallah Bung Moktar sorang2. Kah3.

Rabu, 12 Disember 2018

Pandikar tak nampak 'hantu' Kit Siang masuk Dewan Rakyat


Salleh Keruak, Pandikar antara yang tinggalkan Umno

Bekas menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak adalah antara pemimpin Umno Sabah yang bertindak meninggalkan parti itu, petang tadi.
Salleh adalah antara mereka yang lantang membela dan mempertahankan bekas perdana menteri Najib Razak sebelum BN dan Umno tumbang pada pilihan raya umum lalu.
Najib melantik Salleh, yang adalah bekas ketua menteri Sabah, sebagai anggota kabinetnya pada tahun 2015. Terdahulu beliau dilantik sebagai senator.
Salleh hadir pada sidang akhbar di Kota Kinabalu petang ini bersama puluhan ahli parlimen dan Adun Umno Sabah yang mengumumkan keputusan mereka untuk menjadi wakil rakyat Bebas.
Walau bagaimanapun, mereka yang meninggalkan Umno itu berjanji untuk menyokong Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Salleh adalah pengkritik lantang apabila Mahathir sering membidas Najib terutamanya, berhubung skandal 1MDB.
Pada pilihan raya 9 Mei lalu, bekas menteri itu tewas di kerusi Parlimen Kota Belud dalam pertandingan empat penjuru. Kerusi itu dimenangi oleh Isnaraissah Munirah Majilis alias Fakharudy dari Parti Warisan Sabah.
Sementara itu, Pandikar Amin Mulia, yang juga adalah Speaker Dewan Rakyat selama dua penggal, urut meninggalkan Umno Sabah.
Menjelang pilihan raya umum 2018, Pandikar mengumumkan hasratnya mahu bertanding semula dan kembali aktif dalam politik.
Namun, hasratnya tidak tercapai apabila beliau tidak dilantik sebagai calon.
Umno Sabah hari ini lumpuh selepas hampir semua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk pengerusinya Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.
Pada sidang media di Kota Kinabalu, Hajiji yang juga Adun Sulaman, berkata semua ketua bahagian kecuali Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan turut mengumumkan keluar parti.
Tindakan keluar parti yang berkuat kuasa hari ini melibatkan lima anggota Parlimen, sembilan Adun dan dua senator, kata Hajiji yang juga adlah ketua Umno Tuaran.
Lima anggota Parlimen itu ialah Ronald Kiandee (Beluran), Yamani Hafez Musa (Sipitang), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Zakaria Edris (Libaran) dan Rahim Bakri (Kudat), katanya.
Menurut Hajiji selain beliau, lapan lagi Adun ialah Masidi Manjun (Karanaan), Japlin Akim (Usukan), Musbah Jameh(Tempasuk), Gulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Arifin Arif (Membakut), Isnin Aliasnih (Klias), Matbali Musah (Lumadan) dan Nizam Titingan (Apas).
Menurut Hajiji, dua senator Umno yang keluar parti ialah Ghani Yassin dan John Ambrose.
Umno bahagian yang kehilangan ketuanya termasuk yang memangku ialah Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Kimanis (memangku), Beaufort, Sipitang, Keningau, Beluran, Sandakan, Batu Sapi, Silam, Semporna, Tawau, Libaran, Putatan dan Ranau.
Menurut Hajiji baki empat lagi bahagian iaitu Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan belum menyatakan pendirian mereka.
Tindakan keluar parti itu turut melibatkan ketua Puteri semua Umno bahagian sementara Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Jainab Ahmad berkata pemimpin sayap tersebut belum membuat keputusan.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena