Wednesday 12 December 2018

[Video Tony Pua: Arul Kanda Merupakan CEO Paling Bodoh Di Malaysia?] Kena Lebai PAS setepek! Hahaha & Najib dan Arul kena 2 tepek petuduhan (berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB) Kahkahkah.

Rabu, 12 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Kena Lebai PAS setepek! Hahaha
Anwar Shah berangan anti cina..padahal hari2 makan pakai semua barang cina😅 memang penipulah kalau cakap takde barang cina dalam rumah kita pada hari ni.. kalau cina cuti tutup kedai seminggu habis menggelupur semua melayu..
Arul Kanda Kandasamy dan peguamnya sedang menunggu urusan membayar wang jaminan RM500, 000.
Otai BERSIH
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing and text
Tumpang sekole.
Foto Otai BERSIH.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapat perlindungan daripada tindakannya berhubung pindaan laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Najib didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum ia dimuktamadkan dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) bagi melindungi diri daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berhubung syarikat pelaburan itu.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi perbuatan itu hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi dikenakan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram dan Ahmad Akram Gharib.
Manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah membenarkan Najib diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Januari depan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/508184/najib-mengaku-tidak-bersalah
Foto Otai BERSIH.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, 41, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas pertuduhan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Arul Kanda membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Tertuduh didakwa bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Najib iaitu sebagai pegawai badan awam iaitu perdana menteri menggunakan jawatan beliau untuk mendapatkan suapan bagi diri beliau sendiri.

Ia adalah bagi perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib sivil atau jenayah berkaitan 1MDB dengan cara mengambil tindakan mengarahkan laporan akhir pengauditan 1MDB yang sedang disediakan dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara (PAC).
Arul Kanda didakwa melakukan perbuatan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 22 Februari 2016 dan 26 Februari 2016.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala tertuduh diwakili peguam Datuk N Sivananthan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin RM500,000 hari ini dan pasport diserahkan.

Mahkamah menetapkan 4 Januari depan untuk sebutan semula.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/508169/arul-kanda-minta-dibicarakan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena