Thursday 14 February 2019

[Video Azmin, Muhyiddin ulas 7 MP Umno masuk Bersatu] 'Sarawak kitak tu' Di sebab kan Penghulu terlalu taksub berpolitik Kg Melango Terngagoo! 'Pendekatan berpolitik' SIAPA PENERUS LEGEASI TOK GURU? Nik Omar atau Abduh!

Jumaat, 15 Februari 2019
Imej mungkin mengandungi: luaran, teks dan alam
Tiada penerangan foto disediakan.
Di sebab kan Penghulu terlalu taksub berpolitik, penduduk kampung menjadi mangsa
YB GPS menekan Pegawai Daerah
Pegawai Daerah menekan Penghulu
Penghulu menekan Ketua Kampung
Ini lah contoh Politik GPS!
Adakah GPS cuba menghalang rakyat Saratok dan Kampung Melango khususnya mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui YB Ali Biju sebagai Ahli Parlimen?
Mun macam ya, bagus semua permintaan, kita mintak dengan GPS / Kerajaan Negeri jak.

SIAPA PENERUS LEGEASI TOK GURU..?

Otai BERSIH 
Mereka yang menyayangi almarhum Tokguru Nik Aziz apa lagi yang teruja dengan pendekatan dan cara beliau berpolitik sangat mengharap akan ada orang mewarisi kelunakan Allahyarham berpolitik.

Dalam kesekian banyak pengikut (murid)nya diharap akan muncul Nik Aziz baru. Dan generasi atau penerus yang paling diharapkan ialah keada anak-anaknya. Beliau ada 10 orang anak.

Tentulah yang diharapkan kepada anak lelaki. Kebetulan pula anak lelaki yang menunjukkan minat berpolitik ialah yang bernama Nik Muhammad Abduh.

Kecenderungan anak beliau yang satu ini jelas. Bertolak dari minat dan keghairahan beliau untuk menjejaki sang bapanya itulah maka saya suatu waktu itu ikut membayangkan perkara sama. Saya mula melukis akan masa depannya yang indah “manah” dan dia akan menjejaki laluan ayahnya.

Piraum lalu telah membawa Nik Abduh ke dalam sekolah politik secara langsung. Beliau tidak masuk “Taski” - pra sekolah (Dun) tetapi terus ke sekolah menengah tinggi, (parlimen) apabila menang di kerusi Pasir Mas.

Di sekolah parlimen itu beliau di uji. Serentak dengan itu juga beliau juga dinobatkan sebagai ketua pemuda Pas. Jawatan itu bolehlah beliau dianggap sebagai pengawas dalam sekolah “parlimen”. Sebagai pengawas dia berpakaian smrat, berlagak seperti anak orang kaya, tetapi setiap kali diadakan ujian dia gagal.

Bahkan ujian akhir di sekolah parlimen pun beliau tidak lulus cemerlang di mana-mana kertas kecualilah kertas lukisan plakad “berkecuali”.

Iya kita semua kecewa dan mungkin juga keluarga Tokguru sendiri. Apa diharapkan jatuh tertiap, tangan pula tercapei tahi ayam monir. Dua kali malang.

Masa masih ada dan harapan kita belum tamat semuanya. Tokguru ada anak 10 orang, apabila dicari daripada 9 lagi untuk dijadikan penerus legasinya kita ternampak kepada anak sulungnya, Nik Omar.

Apa kata kalau kita meletakkan harapan besar itu kepada Nik Omar pula? Pihak keluarga Tokguru sendiri rasanhya tidak bermasalah. Secara diam kita “pertandingkan” di antara keduanya.

Nik Abduh biarlah dia terus berada dalam sekolah itu cuma kita hantar kembali dia ke sekolah Pasti, dengan biarkan dia bertanding di Dun. Manakala Nik Omar pula juga dimasukkan ke kelas standard sama, tetapi mungkin dalam sekolah aliran berlainan.

Nik Abduh boleh kekal dengan sekolah aliran Pas, tetapi Nik Omar dimasukkan ke sekolah aliran moden, maksud parti lain. Juga bukan dalam kawasan sekolah yang sama, tetapi di sekolah berlainan bangunan dan aliran pembelajarannya. Maksudnya biarlah Nik Abduh kekal dalam Pas, dan Nik Omar beralih paksi ke dalam parti Amanah.

Untuk Nik Omar bersekolah, (bertanding) di Pengkalan Chepa, di mana-mana kerusi kecuali Panchor tidak ada masalah kerana pintu kerusi-kerusi lain itu terbuka baginya. Kalau pun ada masalah ialah kepada Nik Abduh, kerana mengikut maklmat daripada seorang Yang diPertua Pas Kawasan, pintu untuk Nik Abduh di Pengkalan Chepa telah ditutup rapat, walaupun belum dikunci. Trims.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena