Thursday 2 May 2013

9 Fakta A.Kadir Jasin Pukulan Maut Buat BN & Tok Guru Nik Aziz Makan Nasi Bungkus Aje...

Khamis, 2 April 2013
Pakatan Harapan Rakyat

Sakan Kadir Jasin kutuk BN
AKadirJasin
The Scribe A Kadir Jasin

About Me
A KADIR JASIN
I was born in 1947 in Kedah. I came from a rice farming family. I have been a journalist since 1969. I am the Editor-in-Chief of magazine publishing company, Berita Publishing Sdn Bhd. I was Group Editor NST Sdn Bhd and Group Editor-in-Chief of NSTP Bhd between 1988 and 2000. I write fortnightly column “Other Thots” in the Malaysian Business magazine, Kunta Kinte Original in Berita Harian and A Kadir Jasin Bercerita in Dewan Masyarakat. Books: Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations 1992-2001 (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006), Blogger (2006), PRU 2008-Rakyat Sahut Cabaran (2008), Komedi & Tragedi-Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009) and Membangun Bangsa dengan Pena (2009).
View my complete profile


RENCANA    
Akhirnya kita sendirilah yang kena putuskan — A. Kadir Jasin
29 APRIL — Seorang pelawat blog ini yang berupa seorang usahawan/kapitalis Melayu yang berjaya bertanya saya, mengapa lama tidak menampalkan rencana baru. 

Saya katakan kepada beliau, fikiran saya buntu. Buntu bukan kerana ketiadaan idea, tetapi kerana lambakan maklumat yang berlebihan. Susah memilih yang mana satu hendak didahulukan.
Kalau kita membaca, mendengar dan menonton media arus perdana (MAP), semuanya baik dan lancar bagi Barisan Nasional (BN) dan semuanya buruk dan buntu bagi Pakatan Rakyat (PR). BN akan menang besar dan PR kalah teruk.
bn umpama kereta buruk usang yang wajib ditukar
Kalau baca Rocket, Suara Keadilan, Harakah dan Selangor Times tentulah semua yang berkaitan PR baik dan harum; semua mengenai BN buruk dan busuk. Akhbar percuma The Sun dan akhbar-akhbar Cina lebih seimbang.

Portal berita utama memberi liputan yang lebih saksama walaupun pengulas dan pembaca mereka mirip kepada PR.
Di kalangan blogger pula, kurang sekali yang bebas dan tidak memihak. Hampir sama dengan dikotomi dalam MAP — pro atau anti — tidak ada laluan tengah. Maki hamun menjadi hidangan utama oleh pemblog dan pembahas mereka. Demokrasi alam siber bertukar menjadi anarki.

Maka tidak hairanlah kalau banyak pembaca, pendengar, penonton, pengulas dan pembahas tidak ketahuan lagi apa yang hendak dihujahkan sehingga pilihan raya nampak seolah-olah ibu kepada segala matlamat dan bukan lagi cara untuk mencapai matlamat, iaitu pemerintahan yang unggul.

Apa isunya?
Saya pun tidak pasti lagi apakah yang dikehendaki pengundi atau apa yang ditawarkan kepada mereka oleh parti-parti yang bertanding. Terlalu banyak dan bercelaru.

Jadi saya tidak berani dan berasa sangat tidak layak untuk bercakap bagi pihak orang lain. Justeru itu, saya hanya berani bercakap bagi pihak diri saya sendiri kerana akhirnya setiap orang daripada kita terpaksa putuskan sendiri apakah isu dan perkara yang akan mempengaruhi cara kita membuat pilihan.
Bagi saya, berikut adalah isu, hal dan ketetapan yang akan mempengaruhi pilihan saya:

1. Falsafah memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Kita tidak pilih kerajaan untuk buat keburukan. Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi. Tetapi kalau kerajaan yang kita pilih itu melakukan keburukan, kita wajib menegur dan mengkritik. Kalau ia tidak berubah, kita tarik balik sokongan kita dan kita gugurkannya apabila tiba pilihan raya.
2. Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Merekalah “hamba” kita kerana kitalah yang memilih mereka dan memberikan gajian kepada mereka dengan duit cukai kita. Tanpa undi kita, mereka tidak akan menjadi Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri.
3. Secara peribadi, batang jerami pertama yang mematahkan belakang kerbau (meminjam dan memadankan ungkapan the straw that broke the camel’s back) adalah penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan disusuli oleh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah (Tanggungan Kerajaan Pusat dan Parlimen).
4. Bandar dan pekan yang kotor penuh sampah-sarap, tikus dan anjing liar. Longkang yang ditutup dan dilupakan — busuk dan melimpah apabila hujan lebat. Pokok ditumbangkan ribut tidak dipindahkan berbulan-bulan lamanya (Jalan Klang Lama) kerana pegawai tinggi kerajaan lebih sibuk ampu Yang Berhormat daripada berkhidmat untuk rakyat (Kerajaan Pusat dan negeri).
5. Keselamatan awam yang semakin meruncing. Jenayah yang semakin menjadi-jadi walaupun KPI dan NKRA kononnya tercapai. Pengarah Kastam mati ditembak siang hari buta di Putrajaya dan Pengarang Urusan akhbar arus perdana yang menguar-uarkan negara aman, negara selamat, KPI hebat, NKRA mencapai matlamat, dirompak di khalayak di kawasan kelas menengah Taman Tun Dr Ismail. Apakah kita sudah lupa kepada janji SAM — selamat, aman dan makmur ketika PRU lalu? (Kerajaan Pusat).
bersih 3.0, gambar bersih 3.0, himpunan bersih 3.0, video bersih 3.0, bersih 3.0 kuala lumpur, bersih 3.0 28 april 2012
6. Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M, orang merempat semakin banyak di ibu kota dan roti canai semakin kecil ukurannya? (Kerajaan Pusat).
7. Terowong kenderaan di bawah NKVE berhampiran Tropicana banjir setiap kali hujan lebat sejak dibuka untuk kegunaan umum lebih dua tahun lalu dan Jalan Syed Putra bersebelahan Sekolah Kuen Cheng berubah menjadi tasik setiap kali hujan lebat sudah bertahun-tahun lamanya. Alahai hebatnya jurutera JKR dan Bandaraya Kuala Lumpur (Kerajaan Pusat dan Negeri Selangor).
8. Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pemubunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena. Tauke judi haram, pengusaha rumah pelacuran, ketua sindiket along dan samseng jalanan yang bebas lepas kerana tidak ada Akta Buang Daerah dan Ordinan Darurat kini, saling berbunuhan dan memangsakan rakyat jelata (Kerajaan Pusat).
9. Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran.
Sekatan dan imbangan penting

Zaman kerajaan kuat dan monopolistik sudah berlalu. Semakin maju negara, semakin kita memerlukan sistem sekatan dan imbangan (checks and balances) yang kuat bermula dengan Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Kalau ada pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang memerlukan sokongan dua pertiga, eloklah dilakukan melalui proses tolak ansur dua pihak (bipartisan). Itulah antara beberapa isu yang akan menjadi pertimbangan saya menjelang tibanya hari mengundi 5 Mei. Undi katanya rahsia walaupun nombor siri ada. Nombor siri saya ialah Ee Say Say (244). Kalau nak tikam ekor bolehlah cuba. Tapi orang Islam tak boleh, berdosa.
Saya mengundi di Selangor di mana kerusi DUN ditandingi BN (Umno) dan PAS. Dalam PRU 2008, PAS menang. Bagi Parlimen, BN (MCA) bertemu DAP. Pada 2008, DAP menang. Siapa akan menang kali ini? Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com

* Ini adalah pandangan peribadi penulis.

 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Takbir!...Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena