Thursday 2 May 2013

JABATAN PERDANA MENTERI Terlibat Angkut Pengundi Sabah & Sarawak...Kenyataan Anwar Hari Ini....

Khamis, 2 Mei 2013





Perancang Operasi Pengundi Hantu PENGKHIANATAN NEGARA


Menjelang PRU13 Pelancong Dari Bangladesh Mula Datang

Nah gambar terkini.. mereka cek in kat lorong L tingkat 5 KLIA sekarang ni cuma tunjukkan IC .. menurut kerani di sana.. ic mereka baru2 ..

- penuh dengan warga asing - semua datang melancong waktu negara nak adakan PRU13?

Sumber dari King Jason 


Maklumat AirAsia dan MAS bocor, Anwar dedah usaha bawa masuk warga asing


PETALING JAYA, 2 MEI: Terdapat bukti bagi mendakwa bahawa ada pihak tertentu dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri sedang cuba membawa masuk pengundi yang diragui dalam jumlah yang besar.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa kemasukan pengundi dari pelbagai lokasi dalam jangka masa beberapa hari sahaja menjelang pilihan raya umum amat mencurigakan.

“Saya ingin bertanya adakah mereka yang dibawa masuk ini bertujuan untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini,” kata Ketua Umum PKR itu.

Menurut beliau, maklumat yang diperoleh pihaknya menunjukkan terdapat 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.


“Ada juga antaranya dibawa dengan jet jumbo… jumlah penerbangan ini setiap hari adalah lebih banyak daripada penerbangan ketika musim mengerjakan haji,” ujarnya.

Menurut beliau, berdasarkan kiraan pihaknya menjelang hari mengundi sekurang-kurangnya 40,500 orang diterbang masuk sambil menambah bahawa maklumat yang diterima turut menunjukkan bahawa penumpang terbabit adalah warga asing.

Maklumat yang diterima daripada pekerja syarikat penerbangan MAS dan AirAsia turut termasuk salinan komunikasi email di antara MAS dengan pejabat Perdana Menteri berkenaan penerbangan berkenaan.

Selain itu, beliau turut mendakwa terdapat kebanjiran masuk pekerja asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam serta warga Indonesia melalui Pelabuhan Klang dan laluan masuk pengangkutan laut. – Roketkini.com

 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena