Calon heavyweight yang tumbang dalam gelanggang...
Aku tak heran kenapa Ali Rustam tak boleh terima kata dia kalah
Bekas Ketua Menteri Melaka Ali Rustam tumbang dalam pru 13 di parlimen Bukit Katil di tangan calon PKR Shamsul Iskandar.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka itu yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendapat 46,167 undi di Parlimen Bukit Katil.Kata Ali Rustam setelah dia kalah,"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat," katanya selepas menerima keputusan itu.-petikan laporan Malaysiakini.
Aku tak heran dan rasa terkejut kenapa Ali Rustam tak boleh terima kata dia kalah.Elokla Ali Rustam kalah kerana mulut dia pun boleh tahan masa jadi Ketua Menteri Melaka.Yang aku heran sangat-sangat ni ahli parlimen yang besa keluar masuk penjara,lokap besa kena tahan ISA dua tiga kali turut tak boleh terima kata dia kalah.Muka monyok semacam dan buat muka 10 sen ,jalan pun macam tak larat macam orang kurang vitamin.
Kita diberitahu bahawa pru 13 yang dah habis tu macam-macam BN buat untuk terus kekal berkuasa.Media Umno dan arus perdana serang PR siang malam tapi tak berbaloi sebab depa tak dapat tawan Selangor negeri paling kaya dalam Malaysia.Tu baru bab media belum lagi dengan duit berbilion ringgit yang ditabur kepada rakyat miskin untuk beli undi depa.Lagi satu kita dikejutkan dengan warga asing ada kad pengenalan boleh mengundi,blackout ketika tengah kira undi,peti undi yang meragukan dan macam-macam lagi supaya BN tak kalah tapi akhirnya undi popular dimenangi PR jua akhirnya.Segala kepincangan dalam pru 13 ini bukan takat paling lucah tapi paling kotor dalam dunia walaupun SPR kata daftar pemilih kali ni paling bersih!
Ok la bab tu tapi PR juga ada salah dan silap sendiri bukan hanya faktor di atas yang menyumbang kepada gagalnya untuk tawan Putrajaya.Faktor calon dan salah tempat letak calon juga jadi penyebab utama kenapa calon yang gagah dan hebat boleh tumbang.Seorang editor akhbar kata kat saya,"Faktor pengundi hantu dan pos yang memihak BN tu cerita lama,tapi di Terengganu dan Selangor PR jadi hebat dan kuat.Di Kedah Pas kena mengaku faktor utama depa kalah kerana perebutan dan perkelahian sesama sendiri jadi punca Pas kalah di Kedah."Perkelahian antara pemimpin Pas dan Dap isu Hudud dekat dengan hari mengundi juga jadi punca PR gagal bentuk kerajaan di Putrajaya.Kerja bodoh ni tak habis-habis dimainkan setiap kali kena cucuk lubang pungkoq.
Misai Merah.
0 comments:
Post a Comment