Saturday 11 May 2013

Jangan Beri Kaum Cina Apa-apa Jawatan Dalam BN - Ketua Umno Bahagian Cheras & 90 peratus Cina sokong PAS di Selangor

Sabtu, 11 Mei 2013

Mamat Nii kata..Jangan Beri Kaum Cina Apa-apa Jawatan Dalam BN..?




Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata pilihan anggota Kabinet harus mengambil kira keputusan rakyat yang memberi signal jelas menolak untuk diwakili oleh MCA mahupun Gerakan.

"Trend PRU13 menampakkan masyarakat Cina tidak perlukan BN, yang menyokong pun hanya dalam 10 hingga 15 peratus sahaja, jadi jelas kehendak masyarakat itu tidak mahu bersekongkol dengan BN dan tidak mahu BN mewakili mereka, kita ikutlah, jangan beri mereka apa-apa (jawatan).

"Berdasar konsep 1Malaysia, perdana menteri mahu membuktikan beliau perdana menteri bagi semua kaum, tetapi jika masyarakat Cina rasa tak perlu apa yang dilakukan BN, maka tidak salah kalau kita tubuh Kabinet yang diwakili kaum lain," katanya. -mstar
Nukilan Oleh Juragan pada 2:28 PTG
90 peratus Cina sokong PAS di Selangor
SELAYANG: Lebih 90 peratus pengundi Cina di Selangor telah menyokong Pakatan Rakyat termasuk calon-calon PAS dalam pilihan raya kali ini.

Di UPU Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon PAS berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.

Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada Pakatan Rakyat.

"Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina," kata Zaidy Talib (gambar) calon PAS yang menang di DUN Taman Templer.

Zaidy bersama rakan-rakannya di Selangor mencipta rekod tersendiri bagi PAS di Selangor apabila berjaya dengan cemerlang dalam pilihan raya ini.

15 calon PAS telah menang di peringkat DUN di Selangor, PKR pula menang 14 kerusi manakala DAP menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya.

Kerus-kersui DUN yang dimenangi PAS adalah Dusun Tua, Bangi, Gombak Setia, Hulu Kelang, Tanjung Sepat, Meru, Selat Kelang, Seri Serdang, Taman Templer, Cempaka, Lembah Jaya, Sabak, Sijangkang, Morib dan Paya Jaras.

Di Parlimen pula, PAS menang lima kerusi iaitu Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat, Sepang dan Sungai Besar.
Harakahdaily.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena