Monday 8 July 2013

MESIR: Korban Meningkat - #SAVE EGYPT & Parti Nur Mesir telah menarik diri daripada perbincangan pembentukan kerajaan baru..

Isnin, 8 Julai 2013




TERKINI: Parti Nur Mesir telah menarik diri daripada perbincangan pembentukan kerajaan baru sebagai tindak balas kepada PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI di hadapan ibu pejabat Pengawal Republikan. 

KENYATAAN TENTERA: 

Menurut TV kerajaan, tentera Mesir mendakwa seorang pegawainya terbunuh dan 40 lagi cedera awal pagi ini, apabila perkarangan bangunan tentera di mana "Presiden" Mohamed Morsi berada telah diserang. 

Tentera berkata, "kumpulan pengganas" cuba untuk menyerang Pengawal Republikan pada waktu subuh, lapor stesen TV itu. 

Jurucakap Ikhwan Muslimin pula berkata ahli-ahlinya tidak bersenjata dan telah ditembak ketika bersolat di luar bangunan dan sehingga 34 orang terbunuh. Sumber perubatan berkata mereka dapati sekurang-kurangnya 15 kematian. 

TERKINI: Menurut Al Quds TV, korban telah meningkat kepada 36 orang, dan 500 cedera. 


TERKINI: Seorang pegawai Kementerian Kesihatan Mesir berkata bahawa sekurang-kurangnya 35 orang telah terbunuh dalam kejadian tembakan di luar ibu pejabat Pengawal Republikan di Kaherah. 

Terdapat pula sumber lain mengatakan jumlah korban telah meningkat kepada 55 orang, yang mana 5 daripadanya adalah kanak-kanak. 

Dilaporkan Ikhwan Muslimin Mesir menyeru rakyat Mesir supaya melakukan satu KEBANGKITAN.
SUMBER
Posted by Arijal at 02:47 



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena