PAS dilihat mula mengambil pendekatan 'menyerang' BN dengan membangkitkan pelbagai isu tidak kira isu tempatan atau nasional.
Ketika pendekatan sentuhan langsung dilihat sama seimbang, PAS kini aktif membangkitkan isu-isu seperti masalah tanah dan rumah setempat, sosio-ekonomi masyarakat, kelemahan infrastruktur serta isu nasional seperti pelantikan pengerusi Tabung Haji baru.
Pada tiga hari pertama kempen, PAS lebih tertumpu kepada usaha memperkenalkan calon mereka dan menyentuh masalah tanah, tetapi semalam parti Islam itu mula mendedahkan berdikit-dikit dakwaan pemilikan tanah empat pemimpin Umno Besut di DUN itu.
PAS juga mendakwa, berlakunya rampasan tanah - yang diberikan oleh kerajaan PAS pada 1999 - dan perobohan lima rumah yang kini dijadikan projek rumah pangsapuri yang mungkin diberikan "percuma" kerajaan BN.
Bagaimanapun, faktor tempat yang penduduknya rata-rata bergantung maklumat kepada media arus perdana, pendedahan PAS itu mungkin tidak memberikan kesan besar kepada lawan mereka BN.
Luaskan tema 16:16
Memasuki hampir separuh masa kempen, PAS juga cuba meluaskan tema "16:16 Terengganu Baru".Naib presidennya Salahuddin Ayub dalam ceramahnya di Seberang Luar malam tadi cuba meyakinkan pemilih jika keputusan 16:16 benar-benar tercapai dan PAS ditakdirkan mendapat jawatan menteri besar, masalah tanah di Kuala Besut akan selesai.
"PAS berjanji untuk menyelesaikan isu tanah, sebab saya datang dengan fakta yang cukup. Saya tidak berdiri sebagi naib presiden. Kalau saya berbohong, apa nilai saya sebagai naib presiden," katanya.
Mohamad dalam ceramahn yang sama turut membangkitkan isu pelantikan pengerusi Tabung Haji yang baru yang disandang oleh ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa menimbulkan kekesalan di kalangan orang Umno sendiri.
Gaya ofensif-defensif BN
Sementara itu, BN pula dilihat dilihat mengambil sikap ofensif-defensif sewaktu berdepan serangan PAS setakat ini.Dua hari lalu, Timbalan Menteri Pertanian Datuk Tajuddin Abdul Rahman dilapor mengingatkan pengundi Kuala Besut, sekiranya PAS menang dalam pilihan raya kecil itu,Pengerusi DAP Karpal Singh mungkin akan menjadi presiden jika parti itu memerintah Putrajaya.
Beliau dan jentera BN juga lebih gemar mengambil pendekatan sentuhan peribadi bertemu segenap pengundi, menaikkan bendera Umno-BN dan kain rentang mengenang jasa bekas wakil rakyat Datuk A Rahman Mokhtar - yang dilihat usaha meraih simpati pengundi.
Setakat malam tadi, jentera BN tidak mengadakan ceramah sebaliknya calon tertumpu kepada aktiviti bertemu secara berkelompok dengan penduduk kampung, seperti pertemuan dengan pengundi Kampung Tok Has, dua hari lalu. Mk.
0 comments:
Post a Comment