Inilah jenis peluru yang digunakan oleh penyerang (polis dan samseng) ke atas penunjuk perasaan yang menyokong Presiden Mursi.
Anda bayangkan sekiranya peluru-peluru ini mengenai kepala, mata, dan anggota badan anda!
Cukuplah Allah sebagai pelindung kami!
Sumber : RNN
#mesirkini
Rakyat Mesir yang turun semalam (beberapa jam lepas) berdemonstrasi dalam perhimpunan 'Jutaan terus Bertahan' Membantah Rampasan Kuasa Berdarah.
Sekarang telah masuk waktu Subuh bagi kawasan Madinah Nasr Kaherah dan kawasan yang sewaktu dengannya.
#mesirkini
Imej di hospital lapangan di Madinah Nasr Mesir menunjukkan mereka yang tercedera sedang dirawat di sebuah hospital sementara. [serangan di Ramsis ke atas pro Mursi]
Sekurang-kurangnya 24 orang dikatakan telah cedera setakat ini, menurut Kementerian Kesihatan.
Sumber : AlJazeera
#mesirkini
Adik ini merupakan salah seorang mangsa yang tercedera dalam kejadian serangan polis dan samseng terhadap pro Mursi di Ramsis dan Giza beberapa jam lepas.
Sumber : نبض رابعة
#mesirkini
Korban pertama dalam serangan beberapa jam lepas di Medan Ramsis.
Pasukan polis dipercayai turut dibantu oleh samseng upahan bersenjata menyerang penunjuk perasaan pro demokrasi di Ramsis dan Giza.
Semoga Allah kurniakan syahid ke atas beliau.
Sumber : نبض رابعة
#mesirkini
Antara mangsa serangan di Giza. Doakan beliau.
Sumber : RNN
#mesirkini
Suasana di Medan Ramsis.
Sumber : شبكة نبض الاخوان
#mesirkini
Mangsa Serangan Pertempuran di Medan Ramsis
Terkini : Pengarah Hospital Bab As-Sya'riyyah melaporkan bahawa mereka menerima lebih dari 84 orang pesakit yang cedera akibat diserang dengan peluru hidup dan senjata tajam.
Sumber : R.N.N | شبكة رصد
#mesirkini
Doktor sedang mengeluarkan peluru hidup dari tubuh seorang penunjuk perasaan yang tercedera tanpa bius, penunjuk perasaan yang ditembak di bahagian lututnya itu menjerit "Ya Rabbbbb" dan menyebut-nyebut nama anak-anaknya. "Fatimah dan Walid"
Hasbunallah wa nikmal wakil
Sumber : مراسلون
#mesirkini
Pengarah Hospital Medan Rabiatul Adawiah : Seorang terkorban manakala 300 yang lain cedera akibat peluru senapang dan tembakan dalam kejadian yang berlaku di Ramsis yang memperlihatkan serangan pihak polis kepada Penyokong Presiden Mursi.
As Syahid tersebut adalah - Mustafa Muhammad Ali, 33 tahun, dari Gharbiyyah, Mahalla Kubra.
Sumber : الاخوان المسلمون " تربية جهاد و دعوه"
#mesirkini
Setakat ini 300 orang masih terperangkap di dalam Masjid Al Fath di Ramsis dan bersama mereka orang-orang yang tercedera, wanita-wanita dan kanak-kanak.
Sumber : حزب الحرية والعدالة - شرق القاهرة
#mesirkini
Terkini : Samseng upahan bersenjata mengepung hospital supaya ambulans tak dapat masuk ke kawasan hospital.
Seorang ayah yang anaknya sedang dirawat segera di bilik pembedahan memberitahu bahawa dia melihat 2 orang anaknya disembelih di hadapannya !
Ya Allah kau hancurkanlah As-Sisi dan kembalikan Mursi.
Sumber : حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية
#mesirkini
0 comments:
Post a Comment