Monday 7 July 2014

Melaka Telah Maju 2010: Aduh, Sedihnya! Kes abang dibunuh, 9 adiknya tiada sijil kelahiran dan tak bersekolah...

Isnin, 7 Julai 2014


TABUNG RAKYAT PRIHATIN
Gambar: Alor Gajah: Bapa pukul anak sehingga mati. Anak-anak mereka tidak mempunyai surat beranak dan tidak bersekolah. Hidup mereka berpindah randah dan dalam kemiskinan. Punca ayah memukul kerana tak puas hati sebab mangsa mahu bekerja. Rumah homestay sudah lebih RM2000 tidak berbayar.

TABUNG RAKYAT PRIHATIN
MBB 5640 2540 0414
Gambar: Alor Gajah: Bapa pukul anak sehingga mati. Anak-anak mereka tidak mempunyai surat beranak dan tidak bersekolah. Hidup mereka berpindah randah dan dalam kemiskinan. Punca ayah memukul kerana tak puas hati sebab anaknya mahu bekerja. Rumah homestay sudah lebih RM2000 tidak berbayar.

TABUNG RAKYAT PRIHATIN
MBB 5640 2540 0414

DPP Malaysia [Official]
Alor Gajah: Bapa pukul anak sehingga mati. Anak-anak mereka tidak mempunyai surat beranak dan tidak bersekolah. Hidup mereka berpindah randah dan dalam kemiskinan. Punca ayah memukul kerana tak puas hati sebab anaknya mahu bekerja. Rumah homestay sudah lebih RM2000 tidak berbayar.

TABUNG RAKYAT PRIHATIN
MBB 5640 2540 0414

Maut Dipukul Bapa; Kesemua 9 Beradik Itu Tidak Bersekolah....

Melaka: Semua sembilan adik kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, yang maut disyaki dibelasah bapanya dengan kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah Sabtu lalu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tidak pernah bersekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata, sehubungan itu beliau sudah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka untuk menjalankan siastan dan membantu keluarga berkenaan bagi mendaftarkan kelahiran sembilan beradik berkenaan.

"JKM akan mengenal pasti punca dan membantu keluarga ini bagi memastikan sembilan beradik berkenaan berusia antara empat hingga 16 tahun memperoleh sijil kelahiran. Selain JKM, Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (PEMBELAN BN) Melaka juga akan membantu keluarga ini.

"Ia perlu dilakukan segera bagi membolehkan sembilan beradik ini mendapat pendidikan sempurna kerana sehingga kini difahamkan mereka tidak bersekolah," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, bantuan susulan daripada JKM akan dilakukan sejurus selepas upacara pengebumian mangsa di Kampung Rantau Panjang Klang, Selangor selesai.

Sementara itu, bapa yang dipercayai membunuh anaknya direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.


Lelaki berusia 52 tahun dibawa sepasukan anggota polis ke Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari tadi bagi mendapatkan perintah reman.

Terdahulu lelaki itu ditahan ketika sedang bersembunyi di sebuah rumah sewa seorang lelaki yang ditumpangnya di Kampung Padang, Melekek, Simpang Ampat, jam 2.30 pagi tadi. 

Difahamkan, suspek diberkas di rumah berkenaan ketika ditinggalkan bersendirian oleh penghuni rumah terbabit yang takut apabila lelaki itu mendakwa baru sahaja membunuh anak lelakinya dengan kayu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -HM 




Kasih abang sampai mati




Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.

Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri akibat dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.

Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.

Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.

"Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.

"Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia," katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia.
 ~HM



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena