Saturday 19 July 2014

Rusia Ubah Maklumat: "MH17 ditembak jatuh pengganas Republik Rakyat Donetsk kepada ditembak tentera Ukraine”

Ahad, 20 Julai 2014

Rusia Dikesan Cuba Ubah Maklumat MH17 Di Wikipedia

Laporan asal mengenai suntingan yang dilakukan kerajaan Rusia. 


Kerajaan Rusia dilaporkan telah menyunting maklumat di Wikipedia mengenai nahas penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menukarkan beberapa rujukan yang menunjukkan penglibatan kerajaan itu di atas insiden tersebut.

Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.

Suntingan tersebut telah dapat dikesan oleh @RuGovEdits, sejenis bot Twitter yang akan memuat naik sebarang perubahan atau suntingan dalam Wikipedia ke Twitter sekiranya ia dilakukan oleh komputer yang memiliki alamat IP kerajaan Rusia.

Laporan bertajuk ‘Russian government edits Wikipedia on flight MH17’ itu juga mendakwa seorang pengguna internet dari Syarikat Penyiaran Televisyen dan Radio Rusia (VGTRK) telah menukar maklumat insiden tersebut di laman web Wikipedia versi bahasa Rusia.

Pengguna tersebut menambah “Pesawat terbabit (MH17) ditembak jatuh oleh tentera Ukraine” bagi menggantikan ayat asal iaitu “Pesawat ditembak jatuh oleh pengganas Republik Rakyat Donetsk menggunakan sistem peluru berpandu Buk, yang diterima daripada Rusia.”.

MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media awal pagi Jumaat berkata, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
BLM.

RAKAMAN GAMBAR KESAN PELURU BERPANDU BUK BUATAN RUSSIA YANG DIDAKWA MENEMBAK JATUH PESAWAT MH17 

Photo: RAKAMAN GAMBAR KESAN PELURU BERPANDU BUK BUATAN RUSSIA YANG DIDAKWA MENEMBAK JATUH PESAWAT MH17 KINI TERSEBAR LUAS.
http://omakkau.blogspot.com/2014/07/rakaman-gambar-kesan-peluru-berpandu.html

Kini sudah menjadi perbualan satu dunia betapa perluru berpandu BUK buatan Russia telah digunakan untuk menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang mengorbankan 298 nyawa yang tidak berdosa.

The BUK surface-to-air missile system believed to have shot down Malaysian Airlines flight MH17 is an old Soviet-built weapon designed to engage aircraft, cruise missiles and drones that is still widely used in eastern European states, including Ukraine.

They are capable of taking down aircraft the size of a Boeing 777 flying at a cruising altitude of 33,000 feet, meaning the intensity of the impact is likely to have blown the plane apart in the sky.

Witnesses says wreckage and body parts of the passengers and crew are scattered over an area of around nine miles, reinforcing the idea that the plane broke up mid-air.

BUK missile systems have large self-propelled launchers that use radar to engage aircraft or missiles up to an altitude of 75,000 feet.

A launcher similar to the BUK missile system was seen earlier today by journalists near the eastern town of Snizhne, which is held by pro-Russia rebels.

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena