Wednesday, 14 January 2015

Pelajar kena halau? Dulu cikgu potong rambut aku yea!...Sekarang aku kasi 'potong balik' rambut cikgu...haha ha!

Rabu, 14 Januari 2015

Bukak2 sekolah, dapat gunting rambut free hari ni ngan cikgu.

Mohd Azzuddin Aku pernah jgak kene gunting dlu , da senget benget da rmbut aku , bile cikgu tanye nape x betul kn . Awk xde duit ke nk btl kan . Aku cume ckp . Ckgu buat je lah mcm mane pon . Rmbut saye bkn ade nilai . Haha . So aku x btl kan balik pon smpai rmbut aku pnjg . Hahaah . Now aku pulak yg potong rmbut ckgu aku . Sbb aku kerja seloon .
Hanya pelajar Melayu boleh pakai baju kurung menurut pihak sekolah- Gambar hiasan
Pelajar Perempuan Bukan Melayu Berbaju Kurung Tidak Dibenarkan Masuk kelas

Apa pulak.....Anak saya dari darjah satu hingga tingkatan 2 sekarang, pakai baju kurung tapi tak ada masalah. Saya fikir baju kurung memang sopan dan nampak lebih etika.
Krishnan Kalimuthoo ·  Top Commenter · Environmental Monitoring Officer at Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd
Jayanthi Sri .... Mulut jangan celupar. Pelajar itu baru berpindah ke sekolah tersebut dan belum tahu peraturan sekolah. Lagipun kalau sekiranya pelajar bukan Melayu ingin memakai baju kurung maka pihak sekolah seharusnya menggariskan panduan yang sesuai utk mereka. 
Contohnya..mewajibkan mereka memakai singlet dan sewaktu dengannya dan BUKANNYA MENGHALANG pelajar tersebut dari memasuki sekolah. 
Ini bukan kesalahan jenayah atau apa. Kalau saya ada anak perempuan..pastinya saya mahu dia memakai baju kurung ke sekolah. Awak tahu tak bahawa adanya pelajar lelaki yang NAKAL yg suka mengintai di celah skirt pelajar perempaun?

Pelajar Sekolah Dihalau Hanya Kerana Berbaju Kurung?


Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa, anak perempuannya dihalang untuk masuk ke kelas.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekolah baru anaknya yang terletak di Cheras, semenjak Isnin hingga hari ini.

Menurut Lawrence Jayaraj, pihak sekolah terbabit hanya membenarkan pelajar wanita Melayu sahaja memakai baju kurung.

Memetik kenyataannya dari portal The Rakyat Post, “Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya.

Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah.”

Akibat dari larangan untuk anaknya masuk ke kelas, dia terpaksa ke sekolah tersebut dan mengambil anaknya semula.

Ujarnya Lawrence lagi, isu tersebut masih gagal diselesaikan antaranya dan guru penolong kanan sekolah itu kerana dia tetap bertegas dengan peraturan tersebut.

Bukan itu sahaja, Lawrence turut mendakwa, guru terbabit menyuruhnya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan persalinan sekolah baru buat anak perempuannya.

Namun demikian, ketika kejadian berlaku, pengetua sekolah berkenaan tidak berada di situ.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan meminta pihak berkenaan membawa isu tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

Ujar Kamalanathan lagi, di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran, terdapat kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dan adakalanya, ada pengetua yang membuat polisi sendiri tanpa kebenaran dari kementerian.

– MYNEWSHUB.CC
BLM.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena