
Sultan Melaka 'murka' Hairul lamar Hanis ketika konsert Gegar Vaganza
SHAH ALAM: Sejurus kejutan lamaran oleh Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha, ramai pelayar internet memberi pandangan negatif.
Tidak ketinggalan individu yang sering mencetuskan kontroversi dengan menggelar dirinya 'Sultan Melaka'.
Sultan Melaka itu mengatakan dirinya 'murka' dengan perkembangan itu melalui laman Facebook sehingga menjadi viral.

Malam tadi, bukan sahaja Hanis Zalikha yang tergamam, malah kesemua penonton rancangan secara langsung konsert terakhir Gegar Vaganza terkejut dengan tindakan Hairul.
Hairul nekad membuat kejutan lamaran itu ketika sesi artis jemputan, Kristal membuat persembahan dengan menyanyikan sebuah lagu daripada Bruno Mars bertajuk 'I Think I Wanna Marry You'.
Hanis yang dipanggil naik ke pentas dilihat terkejut dan memberikan jawapan selamat 'insyaAllah, terima kasih', sejurus berkata 'ya' kepada lamaran itu.
Sebelum lamaran di pentas Gegar Vaganza dilakukan, Hairul terlebih dahulu berjumpa dengan ibu bapa Hanis untuk mendapatkan restu dan keizinan mereka.
Pasangan pelakon itu berhasrat untuk mengakhiri zaman bujang pada tahun ini juga.
Hanis melalui laman sosial Instagramnya malam tadi melahirkan rasa terharunya dengan lamaran Hairul dan berterima kasih kerana jejaka tersebut mendahulukan keluarganya.
Gegar Vaganza, Bergegar Disaat Banjir Gegarkan Seluruh Negara.
Ayai (Ilusi) mempamerkan persembahan...
HALAMAN HIBURAN
KL: Penyanyi Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini pada Ahad.
Ayai berjaya menewaskan lima peserta akhir lain iaitu Ifa Raziah, Fazli Zainal, Haleeda, Rahmad (Mega) dan Mamat Exist sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah trofi.
Hadiah disampaikan oleh pengasas Pamoga Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Vida, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus SaluranAstro Ria, Raqim Ahmad Ramli.
Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Gegar Vaganza bersiaran sejak 16 November 2014, setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mari kita fikir sikit, apa faedahnya program ini untuk pembangunan negara, agama dan kemanusian sejagat? Bolehkah program ini melahirkan remaja yang berakhlak mulia seperti yang dikehendaki Allag SWT bagi orang Islam? Begitu juga bagi kepentingan agama-agama selain Islam?
Apa lagi bila Gegar Vaganza bergegar disaat banjir menggegarkan seluruh negara, apa feadahnya dalam usaha membantu mangsa banjir? Tiada perasaan kemanusiaankah? (IH)
Posted by Ibnu Hasyim
Apa lagi bila Gegar Vaganza bergegar disaat banjir menggegarkan seluruh negara, apa feadahnya dalam usaha membantu mangsa banjir? Tiada perasaan kemanusiaankah? (IH)
Posted by Ibnu Hasyim
0 comments:
Post a Comment