Saturday, 17 January 2015

Zaidi Pilih Pakatan Rakyat Jika Ceburi Bidang Politik..."akan menerbitkan buku isu pertahanan dan perbicaraan saya"

Ahad, 18 Januari 2015

Zaidi Pilih Pakatan Rakyat Jika Ceburi Bidang Politik

Oleh: T.AVINESHWARAN
 
PETALING JAYA: Bekas Pegawai Tentera Udara Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad mengakui akan memilih Pakatan Rakyat sekiranya menceburi bidang politik selepas ini.

"Sudah tentu saya akan memilih Pakatan Rakyat tetapi parti mana....biarlah menjadi rahsia," jelasnya kepada The Star melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Sabtu.

Menjawab kepada laporan mengenai kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang bersedia menawarkan pekerjaan kepadanya, Zaidi berkata dia perlu mengkaji dahulu tawaran tersebut.

"Saya akan berjumpa dengan wakil-wakil negeri Selangor dan Pulau Pinang dan berhati-hati menilai tawaran itu.

"Jika tawaran sesuai, saya akan menerimanya," kata Zaidi.

Bagaimana pun, katanya buat masa sekarang dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

"Buat masa sekarang saya mahu beri fokus kepada perniagaan jualan langsung dan mahu menyambung menulis buku.

"Buku saya seterusnya akan berkisarkan mengenai isu pertahanan dan perbicaraan saya ," jelasnya yang baharu menerbitkan travelog mengenai ibadah Haji.

Pada Isnin lalu, Zaidi dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Dia dikaitan dengan kesalahan melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara.

Zaidi  didakwa membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal itu tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan di Balai Polis Kepala batas pada 1 Mei 2013.
Dicatat oleh 

Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH...

Sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah s.w.t.
Berdoa & berSYUKUR hanya kpdNYA..

Bukannya bersyukur kpd KERAjaan BN..
Bukannya 'NIKMAT DARI BN'...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena