PRK Rompin: PAS Pahang akan letak calon
KUALA LUMPUR: PAS Pahang akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin yang akan berlangsung pada 5 Mei ini.
"Insya Allah, PAS akan letak calon pada Pilihan Raya Kecil Rompin," ujar Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Harakahdaily.
Dari segi jentera, jelasnya PAS Pahang telah menubuhkan jentera di peringkat kawasan dan negeri di samping akan dibantu oleh negeri-negeri lain.

Menurutnya, PAS negeri telah meninjau calon yang sesuai untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.
Tuan Ibrahim berkata, perkara yang berkait dengan PRK Rompin akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 13 April ini.
"Perkara dasar berhubung PRK Parlimen Rompin akan dibincangkan pada mesyuarat AJK PAS Pusat, Isnin ini," ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.
Berhubung tarikh pengundian, beliau menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'tidak berjumpa' hari Sabtu dan Ahad dalam menentukan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.
Katanya, hari pengundian PRK Rompin pada hari bekerja bukan sahaja menyusahkan para pengundi tetapi juga pihak pentadbiran termasuk sekolah yang dijadikan pusat mengundi.
Tambahnya, walaupun para pengundi di kawasan Parlimen Rompin tidak ramai bekerja di luar, namun tidak sewajarnya SPR menetapkan hari penamaan calon, mengundi awal dan pengundian pada hari bekerja kerana mengganggu banyak pihak.
SPR hari ini mengumumkan bahawa PRK Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei Selasa), penamaan calon 22 April (Rabu) dan pengundian awal 30 April (Khamis).
PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, pada 4 April lalu.
Pada PRU13 Mei 2013 lalu, Jamaluddin mendapat 30,040 undi untuk mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu sementara calon PAS, Nuridah Mohd Salleh memperolehi 14,926 undi. - HARAKAHDAILY 10/4/2015

Hormat JJ, PAS digesa tak tanding Rompin
Ia adalah 'langkah manis' jika PAS memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) parlimen Rompin, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.Adnan berkata, UMNO mengambil tindakan sedemikian (tidak bertanding) pada PRK negeri Chempaka, kerana menghormati Mursyidul Am PAS allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.
"Jika PAS tidak bertanding...kerana menghormati JJ (Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis) sebagai seorang pemimpin kanan, tentunya ini merupakan tindakan manis (oleh PAS).
"Kita akan jimatkan wang, masa dan tenaga kedua-dua parti," kata beliau.
Lagipun, sekarang hanya untuk satu kerusi parlimen, kata Adnan pada sidang akhbar selepas melancarkan projek kediaman Swiss-Garden Resort Residences Sungai Karang di Kuantan Isnin.
Tentang sama ada Barisan Nasional perlu bertanding di PRK parlimen Permatang Pauh, Adnan berkata itu isu lain.
"Permatang Pauh dipegang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan PAS," kata beliau.
Adnan berkata, Badan Perhubungan UMNO Pahang menyambut baik keputusan UMNO Bahagian Rompin untuk menolak sebarang calon dipilih dari luar.
Beliau bagaimanapun berkata ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti memutuskan dan seterusnya menjelaskan dengan baik sebab-sebab pemilihan itu.
Semalam, pemangku ketua UMNO bahagian itu Datuk Hasan Ariffin berkata bahagian itu hanya akan menerima calon yang dipilih dari kalangan anggota jawatankuasa bahagian.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang Jamaluddin dalam kemalangan helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April.
Allahyarham Jamaluddin menjadi anggota parlimen kawasan itu selama enam penggal dari 1990.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, Allahyarham menewaskan Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
- Bernama
Comment
Sanmen · Pemberi komen Tertinggi · Bekerja di Parti Keadilan Rakyat
1 Mei adalah Hari Pekerja Sedunia, satu hari yang bermakna untuk memperingati perjuangan pekerja yang membawa perubahan kepada masyarakat kita dan juga memperingatkan kita semua bahawa kita tidak boleh leka dalam memperjuangkan hak asasi rakyat.
1 Mei 2015 yang akan datang ini bakal menjadi tarikh yang penting untuk rakyat Malaysia menentang cukai GST, satu cukai yang memiskinkan rakyat untuk melindungi golongan yang kaya. Marilah kita turun beramai-ramai pada #1Mei2015 untuk meraikan kuasa rakyat dan menentang pemerasan!
#batalGST #bantahGST #HariPekerja #kuasarakyat
PAS mesti mahu tanding ROMPIN,menang,kalah cerita lain,kita boleh tahu perasaan Rakyat akibat GST,harga barang naik,Penggundi2 Rompin kalau faham harga barang naik sebap GST,jgn sokong BN,kalau BN kalah di ROMPIN, mungin ada peluang boleh batal kan GST,minta pengundi2 Rompin senjata(undi) ada tangan kamu,guna dgn baik...
1 Mei adalah Hari Pekerja Sedunia, satu hari yang bermakna untuk memperingati perjuangan pekerja yang membawa perubahan kepada masyarakat kita dan juga memperingatkan kita semua bahawa kita tidak boleh leka dalam memperjuangkan hak asasi rakyat.
1 Mei 2015 yang akan datang ini bakal menjadi tarikh yang penting untuk rakyat Malaysia menentang cukai GST, satu cukai yang memiskinkan rakyat untuk melindungi golongan yang kaya. Marilah kita turun beramai-ramai pada #1Mei2015 untuk meraikan kuasa rakyat dan menentang pemerasan!
#batalGST #bantahGST #HariPekerja #kuasarakyat
0 comments:
Post a Comment