Anda kenal kah yang di maksud kan tu..?
CIMB Tutup 23 Cawangan Di Seluruh Negara
KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group) menutup 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi dan juga menumpukan kepada perkhidmatan perbankan digital.
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak Ogos 2015, sebanyak 22 cawangan CIMB Bank di seluruh Malaysia telah ditutup dan satu lagi akan ditutup menjelang akhir 2016.
Katanya, semua kakitangan terlibat telah dipindahkan ke cawangan lain dan pihak bank tidak bercadang untuk membuka cawangan baharu berikutan pengoptimuman digital adalah cara untuk mengukuhkan kedudukan pasaran.
“CIMB Group sedang giat memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan jumlah pelanggan dan pelan rasionalisasi cawangan adalah berdasarkan konsep mudah untuk diakses.
“Kebanyakan pelang-gan kini lebih selesa dengan teknologi dalam menjalankan urusan perbankan dan kami perlu peka dengan trend ini dalam memenuhi permintaan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2016 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB Group, Shahnaz Jamal.
CIMB Group mencatatkan peningkatan untung bersih sebanyak 1.7 peratus kepada RM1.67 bilion bagi enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2016 berbanding RM1.66 bilion pada separuh pertama tahun lalu.
Jumlah pinjaman kumpulan berkembang sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun didorong oleh perbankan pengguna manakala jumlah deposit meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun.
Menurut Tengku Zafrul, CIMB Group menyemak semula sasaran pertumbuhan pinjaman tahun ini daripada 10 peratus kepada antara enam hingga tujuh peratus sejajar dengan persekitaran operasi semasa yang mencabar.
“Kumpulan juga menyemak semula unjuran pulangan ke atas ekuiti (ROE) daripada 10 peratus kepada sembilan peratus seiring dengan jangkaan pasaran,” tambah beliau.
- Utusan Malaysia
1 comments:
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

Post a Comment