Thursday, 10 November 2016

[Video] Mahkamah arah Jamal bela diri berhubung saman BERSIH...Nampak tak mamat yahudi jual baju bersih 5 untuk George Soros? "Cekak pinggang gitu".

Khamis, 10 November 2016
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos memfailkan pembelaannya dalam saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya oleh Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.
Arahan itu dibuat selepas peguam Maria memaklumkan kepada timbalan pendaftar mahkamah Norfauzani Mohd Nordin bahawa mereka telah menyerahkan dokumen saman kepada Jamal, yang memimpin kumpulan Baju Merah anti-BERSIH.
Susulan itu, kata peguam Maria, Melissa Sasidaran, mahkamah mengarahkan Jamal memfailkan pembelaannya sebelum 2 Disember.
Image result for Jamal koyak tuntutan maaf dari bersih

Kalau George Soros yang biaya Bersih 5, kenapa pula saya kena jual baju t-shirt untuk tampung biaya acara serentak seluruh ngara pada 19.11.2016 kelak?

Baik aku derma saja baju tu. Nampak tak mamat yahudi jual baju untuk George Soros? Cekak pinggang gitu. - Musa Ngog

Mahkamah arah Jamal bela diri berhubung saman BERSIH



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos memfailkan pembelaannya dalam saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya oleh Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Arahan itu dibuat selepas peguam Maria memaklumkan kepada timbalan pendaftar mahkamah Norfauzani Mohd Nordin bahawa mereka telah menyerahkan dokumen saman kepada Jamal, yang memimpin kumpulan Baju Merah anti-BERSIH.

Susulan itu, kata peguam Maria, Melissa Sasidaran, mahkamah mengarahkan Jamal memfailkan pembelaannya sebelum 2 Disember.

Maria pula harus menyerahkan jawapan balas kepada pembelaan itu sebelum 16 Disember.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab pada 27 Disember.
Maria menyaman Jamal atas dakwaan BERSIH diresapi elemen kumpulan bersenjata IS.

Jamal membuat kenyataan itu dalam sidang media pada 28 September dan laporan polisnya berkaitan perkara itu pada 4 Oktober.

Maria sebelum itu berkata Jamal mengelak cubaan peguamnya menyerahkan notis undang-undang kepada beliau.

Maria meneruskan sama itu selepas Jamal mengoyakkan tuntutan itu dan mengepamnya di dalam lubang jamban di hadapan media pada 5 Oktober.

BERSIH menuntut Jamal memohon maaf dalam tempoh 48 jam atas dakwaan mereka diresapi IS dan mahu menggulingkan kerajaan dalam perhimpunan 19 November depan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena