Nahh....admin dedahkan di sebalik Jamal dan baju merah siapa yang bantu dan sokong nya..rupa2 nya seorang kepala gangster.
Ghani, kepala Gangster 77 lebih dikenali sebagai PLG Al-Rawa atau Ghani@Gun
Jamal perosak bangsa melayu?
ADUN Sekinchan dari DAP, Ng Suee Lim memohon maaf atas 'kewujudan' pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana kedua-dua mereka beroperasi dari kawasan yang sama.
"Saya ingin memohon maaf kepada anda semua kerana pemimpin Baju Merah, Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Jamal adalah dari Sekinchan.
"Saya tidak tahu mengapa kawasan saya mempunyai seseorang seperti itu. Saya malu ada seseorang seperti itu (dari kawasan saya)," kata Ng dalam ceramah BERSIH di tempat letak kereta Bandar Tun Hussein Onn, malam tadi.
Semalam, Jamal dan kumpulannya berkumpul di Dataran Maybank yang menjadi salah satu tempat berkumpul yang dirancang BERSIH.
Beliau mengulangi ancaman sebelum ini untuk menghentikan perhimpunan tersebut dengan Baju Merah akan turut berhimpun di mana sahaja BERSIH mengumpulkan para pesertanya.
Kumpulan baju merah juga telah mengganggu konvoi BERSIH yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum mengenai agenda perhimpunan.
Pada ceramah BERSIH itu yang menyaksikan kira-kira 80 orang hadirin, pengerusinya Maria Chin Abdullah bercerita mengenai ancaman bunuh yang diterimanya.
"Ia (ancaman bunuh) adalah sesuatu yang kita mesti tentang dan hentikan.
"Kami juga diserang dengan dakwaan BERSIH ambil wang daripada (pembiaya Amerika) George Soros," tambahnya.
Malaysiakini.
Jatuhkan Najib agar kedaulatan negara dikembalikan
SHAH ALAM, 12 NOV: Misi paling besar dalam menjatuhkan kerajaan UMNO-Barisan Nasional adalah untuk mengembalikan kedaulatan negara yang semakin tercemar di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata ia amat berbeza semasa di zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, apabila pihak pembangkang turut bersetuju dengan keberanian dan kelantangannya mempertahankan kedaulatan negara di peringkat antarabangsa.
“Walaupun pembangkang berbeza pendapat dengan Tun M semasa beliau jadi Perdana Menteri, beliau tidak mempertaruhkan kedaulatan negara,” ujarnya.
“Pada zaman Najib ini, dengan Amerika tidak berani, China tidak berani, malah dengan Filipina pun tidak berani.
“Boleh pula Najib menyanyi dan menari dengan Presiden Filipina (Duterte) sedangkan Filipina pernah berkata mahu menawan Sabah dari Malaysia,” kata Anthony dalam sidang konvensyen Pakatan Harapan tadi.
Beliau menegaskan, satu-satunya cara untuk mengembalikan kedaulatan negara adalah dengan menjatuhkan kerajaan UMNO-BN serta membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Seremban itu turut menyatakan hasrat agar kerjasama antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dapat dimeterai dan direalisasikan secepat mungkin.
“Jika kita ada matlamat sama, hati pun kena sama. Matlamat kita adalah sama iaitu untuk jatuhkan kerajaan korup di bawah pimpinan Najib,” ujarnya. – Roketkini.com
0 comments:
Post a Comment