Monday 9 October 2017

[Video Kempen Jom Ke Himpunan #1410 Rakyat bangkit menentang Kleptokrasi] "Papagomo, mana mau lari hahhhh?" JANJI BETUL ATAU JANJI PALSU? Umno benar-benar terdesak untuk menjalin kerjasama dengan Pas.

Isnin, 9 Oktober 2017

Foto Otai BERSIH.

Suka Halaman Ini · 3 jam 
 papagomo (wan m. azri)...mana mau lari hahhhh

JANJI BETUL ATAU JANJI PALSU?


UMNO kelihatannya benar-benar terdesak untuk menjalin kerjasama dengan Pas. Walaupun sudah diingatkan oleh Naib Presiden Pas, Idris Ahmad agar Annuar Musa jangan perasan dengan mengatakan kedua-dua parti mempunyai DNA yang sama, Ketua Penerangan UMNO itu nampaknya tidak berputus asa.

Kali ini beliau menjanjikan untuk membantu Pas sekali lagi dalam meminta Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 atau Akta 355.

Kahkahkah....ini janji betul-betul atau janji palsu?

Usul persendirian Akta 355 sudah pun dibentangkan oleh Hadi Awang sebagai usul persendirian dalam sidang Parlimen April lalu. Bagaimanapun ia tidak dibahaskan, sebaliknya Speaker telah menangguhkan persidangan dengan janji ia akan dibahaskan dalam sidang Parlimen berikutnya.

Bagaimanapun, dalam sessi Parlimen Julai lalu, tiada perbahasan berkenaan Akta 355 diadakan kerana ketika itu Hadi bercuti sakit berikutan baru selesai menjalani pembedahan injap jantungnya.

Sessi Parlimen seterusnya ialah hujung bulan Oktober ini, tetapi kali ini ia lebih tertumpu kepada perbahasan Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Najib Razak selaku Menteri Kewangan pada 27 Oktober.

Dengan tumpuan lebih khusus kepada perbahasan Bajet 2018, sudah barang tentu tiada perbahasan berhubung Akta 355 dapat diselitkan dalam sessi kali ini.
Bermakna, untuk tahun 2017 ini tersangat tipis untuk melihat usul Hadi itu dapat dibahaskan.

Sidang Parlimen seterusnya mengikut kebiasaan akan diadakan sama ada pada Mac atau April 2018.

Adakah ketika itu perbahasan Akta 355 akan diberi ruang?

Kemungkinan juga tidak kerana mengikut jangkaan, jika tidak pada November ini, Parlimen dijangka akan dibubarkan sebelum Mac 2018 untuk membolehkan PRU 14 diadakan.

Habis...bila usul Akta 355 akan dibahaskan?

Tidak mungkin Najib dan UMNO berani membenarkan usul Akta 355 dibahaskan kerana parti-parti seperti MCA, MIC, Gerakan dan  rakan komponen di Sabah serta Sarawak secara terbuka dan terang-terangan menentang pindaan akta berkenaan.

Sebagaimana kerajaan tidak berani mengambil-alih usul meminda akta tersebut untuk dijadikan sebagai usul kerajaan kerana ditentang oleh parti-parti komponen BN, meskipun sudah berjanji sebelumnya, berani potong kuku,  Najib juga pasti takut membenarkan ia dibahas dan diundi kerana akan menyebabkan pergolakan dan perpecahan sesama sendiri dalam BN.

Jika dibenar diadakan undian, peningnya Najib tentu bukan kepalang. Kalau UMNO mengundinya, sokongan di Sabah dan Sarawak akan hilang. Tidak memberi sokongan pula, Pas yang akan melenting kemarahan.

Maka, membiarkannya tergantung sehingga pilihanraya diadakan adalah jalan selamat untuk Najib mendapat sokongan kedua-dua belah pihak.

Untuk itu, janji Annuar Musa kepada Pas untuk sekali lagi menyokong usul Akta 355 adalah sah janji palsu semata-mata.

Janji untuk menjadikan pindaan Akta 355 sebagai usul kerajaan pun tidak berani ditunaikan, tidak malukah UMNO sekali lagi melontarkan janji palsunya, kecuali jika Pas memang suka "dikencing" berkali-kali? (ShahbudinHusin 08/10/2017)

1 comments:

نور said...

alah biasa tegal biasa...sekali kena kencing tentulah ketagih kencing juga

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena