Monday 9 October 2017

[Video MERAH MATA Umno Sabah & Sudah Sampai Masanya Rakyat Sabah Mengambil Alih Pemerintahan!] Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah (PRU13: 25 Parlimen & 60 DUN).

Selasa, 10 Oktober 2017


PARLIMEN/DUN SABAH


Dr M yakin menang separuh kerusi DUN, Parlimen di Sabah

mahathir-ph-sabah-3
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yakin gabungan pembangkang boleh memenangi separuh kerusi DUN dan Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Keyakinan itu berdasarkan kepada kerjasama kuat dengan sebuah parti tempatan di Sabah, katanya pada sesi bertemu pengundi di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
“Sekarang ini, Sabah dan Sarawak mempunyai sifat kenegerian yang kuat. Mereka tidak suka didominasi oleh parti daripada Semenanjung. Jika kita pergi ke sana, ia akan dilihat kita cuba mendominasi dan kita tak mahukan itu.
“Kita mahu bekerja bersama. Kita ada parti di Sabah yang sangat menyokong kita. Setakat ini, saya rasa kita boleh menang separuh daripada kerusi Parlimen dan DUN di Sabah,” katanya.
Beliau menjawab pertanyaan peserta yang ingin mengetahui apakah perancangan PH di Sabah dan Sarawak pada PRU14 nanti.
Mengenai Sarawak pula, bekas perdana menteri mengingatkan keadaan politik di Bumi Kenyalang berbeza dengan keadaan politik di Sabah.
“Mereka selalunya suka memihak kepada pihak yang menang,” kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir turut diajukan soalan mengenai autonomi Sabah dan Sarawak sekiranya gabungan pembangkang memenangi pilihan raya nanti.
Bekas perdana menteri itu percaya Sarawak dan Sabah perlu diberikan kuasa lebih luas, namun tidak boleh membawa kepada kebebasan penuh daripada Persekutuan Malaysia.
“Kita perlu beri Sarawak lebih autoriti dalam sesetengah kawasan tetapi bukan jenis autonomi yang bermaksud anda boleh bergerak secara bebas.
“Kerana kemudian ia bermaksud anda memutuskan hubungan dengan Malaysia sebagai persekutuan. Perkara sama berlaku dengan Sabah,” katanya.
FMT 
September 6, 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena