Tuesday, 3 October 2017

[Video Cer teka tiru suara sape ni & Memalukan berita US dengan laporan penyelewengan 1MDB] Bahang himpunan ‘Sayangi Malaysia‘ 14 Oktober kian panas.

Rabu, 4 Oktober 2017


Image result for Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi

Image result for Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi

Bahang himpunan ‘Sayangi Malaysia‘ 14 Oktober kian panas


PETALING JAYA, 21 SEPT: Bahang Himpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ yang bakal berlangsung 14 Oktober semakin terasa.
Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam sidang media hari ini berkata, selain sebagai platform rakyat menzahirkan kekecewaan terhadap gejala kleptokrasi, ia juga akan menonjolkan semangat keMalaysiaan di kalangan rakyat pelbagai kaum negara ini.
“Ia akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama HARAPAN dan akan menonjolkan perpaduan serta semangat keMalaysiaan di kalangan masyarakat majmuk negara ini,” katanya.
Ketua Penerangan Armada, Ulya Husamudin berkata, acara itu merupakan kemuncak bagi siri Jelajah Selamatkan Malaysia yang berlangsung seluruh negara sebelum ini.
“Pentingnya himpunan ini untuk beri pencerahan kepada rakyat tentang apa yang berlaku dalam negara ini.
“Kami akan buktikan dalam acara ini bahawa komponen HARAPAN saling bekerjasama untuk kepentingan rakyat dan sedia menggantikan kerajaan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya.
Beliau dalam masa yang sama turut menyeru seluruh lapisan masyarakat termasuk penyokong UMNO dan PAS supaya hadir ke acara tersebut.
“Kami jemput rakan-rakan di sebelah sana hadir. Kita lihat, amati dan nilaikan. Kita buktikan Malaysia ini bukan Najib punya tapi kita punya,” katanya
Sebagai memeriahkan lagi kempen detik 14 Oktober, Pemuda HARAPAN turut mengadakan promosi t-shirt dan media sosial.
Empat hashtag bagi promosi media sosial yang telah disetujui ialah #1014 #SayangiMalaysia #hapuskankleptokrasi dan #MalaysiaKitaPunya
Baju-t rasmi pula boleh didapati di ibu pejabat keempat-empat parti dengan harga hanya RM15 sehelai. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena