Wisma Tok Guru Kekal Status Quo. InsyaAllah Jamuan Rakyat akan diadakan berbetulan dgn keputusan itu.
Wisma Tok Guru Kekal Status Quo
Alhamdulillah, YA Hakim Mahkamah Tinggi KB hari ini meluluskan permohonan Injunksi Erinford yang saya pohon ke atas Yasin Mohd Yusuf.
Ini bermakna, sementara menunggu rayuan injunksi di Mahkamah Rayuan, kedudukan bangunan Wisma Tok Guru kekal atas status quo iaitu ia di bawah milik dan jagaan saya.
Amanah boleh terus menggunakan bangunan ini tanpa sebarang gangguan.
Kami sebagai ‘yang teraniaya’, sangat bersyukur dgn keputusan ini.
InsyaAllah Jamuan Rakyat akan diadakan berbetulan dgn keputusan itu.
Saya berdoa, ‘kubu’ yg cuba ditawan, InsyaAllah akan terus berkibar dgn bendera Amanah dan Pakatan Harapan sehingga selesai PRU.
Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih pada semua peguam termasuk YB Hanifa dan bekas-bekas Hakim yang memberi tunjuk ajar dan khidmat guaman.
YB Dato Husam Musa
8 Januari 2018
8 Januari 2018
0 comments:
Post a Comment