Monday, 8 January 2018

[Video Malu lah Pas macam ni, Bila BABI melintas, erkkk! & Maafkan abah...abah terpaksa kata kereta rosak] Pas tidak murah hati seperti Amanah...Erk Elehh!

Isnin, 8 Januari 2018



PAS tidak murah hati seperti Amanah

PAS tidak murah hati seperti Amanah
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad (tiga dari kiri) berkata ketidakpuasan hati Amanah Johor mengenai pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan menunjukkan petanda awal perpecahan dalam gabungan itu, semasa sidang media perasmian Pelancaran Gagasan Sejahtera Johor di Johor Baru, semalam. – Gambar The Malaysian Insight, 8 Januari, 2018.

PAS tidak pernah tunduk kepada bekas rakan komponen dalam Pakatan Rakyat semasa rundingan pilihan raya sebelum ini, kata naib presidennya Idris Ahmad.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, ini kerana ia tahu kekuatan dimilikinya ketika bersama pakatan itu dahulu.
“Waktu rundingan pembahagian kerusi sudah tentu PAS bersikap tegas kerana kita ada kekuatan jentera dan sebagainya. Sebab itu kita tuntut kerusi yang dikehendaki.
“Mungkin parti (dalam Pakatan Harapan) kini ada isu dari segi bilangan ahli. Sedangkan Bersatu itu lagi baru berbanding Amanah,” katanya pada sidang media selepas perasmian Pelancaran Gagasan Sejahtera Johor di Johor Baru, semalam.
Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai rundingan kerusi di antara komponen Pakatan Harapan (PH) yang menimbulkan rasa tidak puas hati Amanah, parti serpihan PAS.
PH semalam mengumumkan yang ia sudah memuktamadkan rundingan kerusi Parlimen di antara parti komponennya yang menyaksikan Bersatu akan bertanding di 52 kerusi Parlimen, diikuti PKR (51), DAP (35) dan Amanah 27 kerusi.
Amanah Johor bagaimanapun dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengagihan itu dan mengambil keputusan memboikot konvensyen yang berlangsung semalam di Shah Alam.
Idris turut berkata tindakan itu juga menunjukkan petanda awal perpecahan dalam PH.
“Itu satu perkara amat mengejutkan apabila sepatutnya hari ini mereka bersama-sama berbincang hala tuju PH.  Tapi apa yang berlaku sebaliknya pula. Jadi, itu petanda awal kepada rakyat.
“Sudah pasti perkara ini akan melemahkan gerak kerja mereka dan apa yang penting, rakyat dapat menilai PH yang akan menjadi salah satu parti bertanding pada PRU14 nanti,” katanya.
PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan 236 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13 ketika masih lagi bersama Pakatan Rakyat.
Turut hadir pada majlis itu semalam adalah Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin, Naib Presiden Ikatan Mohamad Badri Abd Rahman, Timbalan Presiden PCM Huan Cheng Guan dan Pengerusi Protem Ikatan Johor Ahmad Zainudin Zulkefly serta kira-kira 300 penyokong.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata PAS juga membuka pintu bagi komponen Gagasan Sejahtera bertanding di negeri tersebut, yang menawarkan 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kita ada tolak ansur dan pada dasarnya kita sedia memberi laluan kepada rakan-rakan dalam Gagasan Sejahtera dan lihat keperluan dan kesediaan mereka,” katanya.  
Terdahulu, Cheng Guan menyelar DAP, PKR dan Amanah kerana menerima Dr Mahathir dan Bersatu untuk membentuk gabungan politik walaupun tidak sehaluan sebelum ini.
Ahli politik dari Pulau Pinang itu berkata parti pembangkang lain perlu belajar daripada PAS bagaimana untuk kekal konsisten dalam landasan politik.
“Mereka mana ada konsistensi, mereka konsisten untuk jadi tak konsisten,” tegasnya.
Gagasan Sejahtera, blok ketiga politik Malaysia pimpinan PAS secara rasminya dibentuk pada 1 Oktober 2017, yang diperkenalkan kepada umum dalam program Fastaqim 2.0 di Kuala Terengganu.
Ia dianggotai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Berjasa dan Parti Cinta Malaysia (PCM). – 8 Januari, 2018.
TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena