Saturday, 13 January 2018

[Video Pakatan Harapan 'Jana Gelombang Rakyat', UmnoBN gundah gulana & Pas ganti PERANGAI Umno] Ketika Najib bicara angan-angan TN50, rakyat menderita kenaikan kos sara hidup

Sabtu, 13 Januari 2018


Image result for Gambar Pakatan Harapan 'Jana Gelombang Rakyat',

Tumpang sekole

Ketika Najib bicara angan-angan TN50, rakyat menderita kenaikan kos sara hidup

Tiga beradik bekerja membersihkan kerang di Kuala Kedah.

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selamba berbicara tentang TN50 dan angan-angan negara maju di TV3, 3 Januari lalu, rakyat biasa di Malaysia sedang terbeban berat kenaikan harga barang dan kos sara hidup di awal tahun 2018.
Tirai tahun baharu 2018 menyaksikan Perdana Menteri tanpa muka tidak malu tampil selamba dalam program Bicara 4 Mata yang disiarkan di stesen RTM dan TV3, 3 Januari lalu.
Sibuk bercakap tentang jangkaan 30 tahun akan datang, realiti dihadapi majoriti anak muda yang dijerut kenaikan menggila kos sara hidup pada masa ini seperti disapu di bawah permaidani.
Segala yang diucap murni dan muluk-muluk belaka hinggakan menyebut tentang kelulusan mikro kredit menggunakan Alibaba dikenali sebagai 310 dalam program dikendalikan selebriti Datuk Aznil Nawawi itu.
Presiden Umno berkenaan juga galak menyimpan angan-angan mahu Malaysia menjadi 20 negara terunggul dan teratas di dunia ketika menyentuh gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Begitu juga pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang Najib anggap hasilnya disalurkan kepada rakyat secara terus kepada golongan sasaran seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Dalam dalihnya untuk menghalalkan penarikan subsidi minyak sebelum ini, Najib menyebut tanpa langkah subsidi bersasar, golongan kaya turut menikmati subsidi bahan api.
Hakikatnya, GST dan tindakan kerajaan Umno-BN menghapuskan riwayat subsidi petrol dan diesel mengoyak poket majoriti rakyat terutama anak muda yang dihimpit pelbagai komitmen.
Bagi pasangan muda yang baharu menimang cahaya mata, kos susu bayi dan lampin pakai buang sahaja mencecah ratusan ringgit sebulan. Jika si isteri bekerja, kos pengasuh sahaja memakan hampir satu suku gaji bulanan ketika kenaikan gaji tahunan relatif kecil.
Hidup yang kini sudah bertiga pula memaksa si ayah memikirkan kediaman sendiri. Kadar sewa rumah yang lazimnya naik saban tahun bukan situasi yang selesa terutama bagi golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah berbeza Najib yang dikhabarkan pernah mendapat “derma” berbilion ringgit.
Dakwaan Pengarah Ekonomi, Perdagangan dan Integrasi Serantau Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Firdaos Rosli pada Disember tahun lalu pula kononnya taraf hidup rakyat lebih tinggi gagal melihat sisi lebarnya jurang ekonomi di negara ini.
Mudah membuat rumusan taraf hidup rakyat sekarang lebih tinggi atas alasan ramai membeli kenderaan jenama asing dan gemar makan di luar termasuk di restoran mewah tentulah bercanggah dengan realiti dialami majoriti rakyat di negara ini.
Padahal, kita pun tahu pecah berita tentang adik beradik di utara tanah air yang terpaksa mengambil upah mencari kepah bagi menampung duit belanja buka persekolahan selain cerita pasangan adik beradik di PPR Lembah Subang, Selangor yang bersekolah sesi pagi dan petang perlu bergilir menggunakan kasut yang sama!
Lebih 400,000 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara yang sedang mengharungi musim hujan sejak November tahun lalu pula tentunya tidak berkereta jenama asing apa lagi menjamu selera di restoran mewah.
Demikian juga anak muda yang sarat pelbagai jenis hutang termasuk perlu melunaskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga menyaksikan 20 daripada 100 peminjam terpalit dengan rekod kewangan buruk akibat disenaraihitamkan PTPTN.
Bahkan 60 peratus daripada 94,408 kes muflis yang dilaporkan sejak 2013 sehingga Ogos tahun lalu mengikut data Jabatan Insolvensi terdiri daripada mereka berusia 25 dan 44 tahun.
Tiga jenis hutang menjadi punca mereka terjerumus muflis iaitu pinjaman kereta, peribadi, kediaman dan pinjaman perniagaan.
Justeru, 2018 sebenarnya tahun getir bagi kedudukan ekonomi sebahagian besar rakyat khususnya anak muda. Namun, sejauh mana 14.6 juta pemilih termasuk golongan muda tegas bersuara di peti undi dengan menolak Umno-BN pada pilihan raya akan datang menjadi penentu sama ada keadaan menjadi lebih baik atau buruk sepanjang tahun ini.
* Artikel ini pertama kali diterbitkan dalam akhbar Amanah, Edisi 84, 7 – 13 Januari 2018.


KDL.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena