Saturday, 10 March 2018

[Video 1 Juta Undi Pos, Penipuan Untuk Menangkan UmnoBN] 'Dalam kes Umno, wow, begitu cepat sekali,' kata Dr M.

Sabtu, 10 Mac 2018

'Dalam kes Umno, wow, begitu cepat sekali,' kata Dr M

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad telah membidas Pendaftar Pertubuhan (ROS) atas kecekapannya yang cepat sekali membantu Umno mengatasi krisis parti, berbanding kelewatan dalam mendaftarkan blok pembangkang.
Ini, dakwanya, dalam satu kenyataan video di laman Facebooknya hari ini, menunjukkan betapa ROS berat sebelah.
"Dalam kes Pakatan Harapan, kami telah cuba buat permohonan (untuk mendaftarkan gabungan itu) lapan bulan yang lalu, tetapi sampai sekarang jangan kata nak jawab, tak acknowledge pun.
"(Mereka) tak kata ditimbang atau tak ditimbang (permohonan itu)," kata Mahathir, sambil menambah permohonan sedemikian tidak sepatutnya mengambil masa lapan hingga sembilan bulan.
"Dalam kes Umno, wow, begitu cepat sekali," katanya.
Pada hari Isnin, ROS mengesahkan memberi kelulusan kepada Umno untuk menangguhkan pemilihan majlis tertinggi hingga 2019, walaupun bekas timbalan presiden,Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa perlanjutan seperti itu bertentangan dengan perlembagaan Umno.
Bekas perdana menteri itu menambah keseluruhan proses yang menyelubungi kelulusan perlanjutan pemilihan Umno itu menimbulkan persoalan.
Mahathir menegaskan nampaknya tidak ada sebarang prosedur rasmi oleh Umno berhubung perlanjutan pemilihan parti itu.
Bekas presiden Umno itu berkata sebarang langkah oleh parti itu untuk melanjutkan pemilihan kepimpinannya perlu melalui prosedur yang betul, "tetapi, kita tak dengar ada keputusan ini dibuat".
"Keputusan mesti dibuat oleh Umno sendiri dalam satu mesyuarat kerana ini adalah perkara besar.
"Biasanya dalam mesyuarat agung atau dalam mesyuarat agung luar biasa, keputusan dibuat.
"Tetapi, kita tak dengar ada keputusan ini dibuat dalam mana-mana mesyuarat Umno," katanya.
Mahathir bertanya apakah dokumen yang menunjuk bahawa satu mesyuarat diadakan dan surat dihantar kepada ROS untuk diluluskan?
"Kita tak dengar. Sekarang ini baru kita dengar. ROS sekarang ini baru beri penjelasan bahawa ROS telah lulus. Ini satu perkara yg menunjuk betapa ROS berat sebelah," tambahnya
Muhyiddin sebelum ini menegaskan bahawa lanjutan pertama pemilihan majlis tertinggi Umno hingga 19 April tahun ini adalah muktamad, kerana perlembagaan parti itu hanya membenarkan lanjutan selama 18 bulan, yang dibuat pada 2016 kononnya untuk membolehkan pilihan raya umum awal yang tidak pernah berlaku.
Di samping itu, bekas pemimpin Umno, Datuk Saifuddin Abdullah juga menyatakan bahawa lanjutan pertama bermakna semua cawangan Umno telah menamatkan pemilihan masaing-masing pada 28 Feb tahun ini, dan jika gagal berbuat demikian, mereka secara automatik dibatalkan pendaftarannya.
Pengkritik telah menegaskan bahawa penangguhan itu bertentangan dengan perlembagaan Umno sendiri, yang ROS tidak mempunyai kuasa untuk mengatasinya sebagai sebuah badan pengawalseliaan semata-mata.
Sementara itu, berbeza dengan kes Umno, ROS semalam menuntut parti BERSATU menyerahkan minit mesyuarat dan dokumen kewangannya dan semua cawangan dan bahagiannya dalam tempoh 30 hari, atau berdepan dengan tindakan pembatalan pendaftarannya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena