Zairil-Dyana Sofia bertunang hari ini
Zairil Khir Johari telah mengumumkan pertunangannya dengan Dyana Sofya Mohd Daud menerusi facebooknya hari ini.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu mengatakan bahawa dia sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga dan sahabat terdekatnya untuk bersama meraikan pertunangannya di Ipoh.
Beliau berkata ia adalah satu peristiwa yang paling istimewa dan dia gembira mendapat sokongan mereka yang dikasihinya.
“Mereka berkata apabila satu pintu ditutup, satu lagi terbuka. Oleh itu, sejak perkahwinan saya dibubarkan tahun lalu, ia adalah lumrah kehidupan, dan kami terus memandan ke hadapan.
Zairil juga merupakan naib pengerusi DAP Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Bukit Bendera itu bertunang Dyana Sofya Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP.
Majlis pertunangan mereka diadakan di sebuah hotel terkemuka di Ipoh.
Pasangan itu telah menjadi tumpuan ramai pihak beberapa tahun lalu dengan pendedahan hubungan intim mereka menerusi gambar dan video yang menunjukkan mereka sebagai pasangan kekasih tetapi tiada kenyataan rasmi mengesahkan dakwaan tersebut dan mengatakan dakwaan terhadap mereka sebagai ‘ politik longkang’ oleh pihak tertentu.
Dyana Sofia juga telah memuat naik sekeping gambat pertunangannya di instagramnya.
MD.
0 comments:
Post a Comment