Thursday, 8 March 2018

[Video HARAPAN lancar manifesto, beban rakyat ringan dalam 100 hari] Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia, hadir majlis pelancaran manifesto PH malam tadi.

Jumaat, 9 Mac 2018

Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia, hadir majlis pelancaran manifesto PH malam tadi

Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia, hadir majlis pelancaran manifesto PH malam tadi
Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid pulang ke rahmatullah sebelum Subuh pagi tadi di kediaman beliau d Bukit Damansara.
Kematian Allahyarham dianggap satu kejutan kerana bekas menteri dalam kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad itu hadir pada majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan di Shah Alam malam tadi.
Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada Pakatan Harapan memandangkan Sanusi ialah ahli politik dan pentadbir yang berpengalaman.
“Beliau gigih berjuang dalam Pakatan Harapan dan masih hadir dalam majlis pelancaran manifesto malam tadi,” kata Salahuddin yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan.
Salahuddin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para syahada dan salehin.
Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, Kuala Lumpur sebelum disemadikan.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena