Thursday, 8 March 2018

[Video Manifesto Pakatan Mahathir Inklusif Jaga Rakyat Tak Samun Duit Macam Najib Umno] Rakyat Kelantan dijemput ke ceramah Tun M di Bachok esok.

Jumaat, 9 Mac 2018


Rakyat Kelantan dijemput ke ceramah Tun M di Bachok esok

Rakyat Kelantan dijemput ke ceramah Tun M di Bachok esok

Seluruh rakyat Kelantan dijemput hadir ke program Jelajah Harapan yang bakal tiba di Kelantan esok.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Ab Aziz Kadir berkata, acara kemuncak yang melibatkan semua pemimpin utama PH akan diadakan di pekarangan pejabat AMANAH Bachok bermula jam 8 malam esok.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa sambutan itu di pejabat AMANAH Bachok semalam, beliau berkata Pengerusi PH Tun Mahathir Mohamad dan Preside PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan hadir memberikan ucapan.
“(Timbalan Presiden PH) Tan Sri Muhyidin Yasin dan pimpinan peringkat negeri akan bersama  memberi penjelasan khususnya berhubung kandungan manifesto yang baru dilancarkan,” katanya.
Tapak sambutan ini katanya amat baik kerana berhampiran pejabat jajahan Bachok di laluan utama ke bandar Kota Bharu.
Abdul Aziz pada sidang media Jelajah Harapan di pejabat AMANAH Bachok.
“Kawasan lapang tempat ceramah berdekatan simpang empat ini cukup untuk menampung lebih 50,000 orang.
“Kawasan letak kereta juga agak selesa kerana tempat ini boleh dimasuki dari empat penjuru jalan,” katanya.
Pemimpin utama empat parti PH katanya akan mempunyai jadual ketat esok.
“Sebaik tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra waktu tengahari, Tun Mahathir akan terus ke Tanah Merah menghadiri acara bersama NGO
“Beliau kemudian  dijadual bertemu dalam majlis khas bersama pimpinan PH negeri di Kota Bharu,” katanya.
Sementara itu Dr Wan Azizah katanya akan menghadiri sambutan Hari Wanita Sedunia bersama wanita PH Kelantan di Tunjong dalam acara sebelah pagi.
“Timbalan-Timbalan presiden iaitu Mohd Sabu dan Tan Sri Muhyidin Yasin turut memiliki acara masing-masing di sebelah pagi.
“Bagi acara sebelah petang beberapa acara santai diatur bersama masyarakat.
“Lokasi-lokasi terpilih adalah pasar Hok Kapor dan Medan Selera Jalan Kebun Sultan di Kota Bharu.
“Manakala di jalan pantai Senok, Bachok Tan Sri Muhyidin akan beramah mesra dengan orang ramai di majlis jamuan rakyat,” katanya.
Persiapan rancak dibuat di padang tempat himpunan Jelajah Harapan Kelantan

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena