Tuesday 13 March 2018

[Video Saya anggap parti PAS ini tak Islam & Parlimen 2018 PAPAR-MIC gagal! Kos sara hidup MEMBEBANKAN sejak bayi sampai mati kena GST] Ketua² cawangan Umno lebih banyak bicara kos hidup yang makin tinggi & PRU14: Pilihan raya tidak bersih, terkotor dalam sejarah Malaysia, dunia.

Selasa, 13 Mac 2018


Hasil carian imej untuk Gambar Kos sara hidup
Saya rasa ramai yang telah merasa peritnya ekonomi sekarang ini. Mak saya pun dah merungut, duit habis macam air, cepatnya gitu tetapi barang yang didapati amat ciput.
Imej yang berkaitan

DEPA KATA UBAH.. ALHAMDULILLAH


Posting kali ini tak ada isu besar. 

Di Alor Setar dua hari baru ini,  sempat juga jumpa beberapa ketua cawangan dan kenalan. Sudah lama tidak ke Alor Setar - 2 tahun walaupun ada ke PP,  Kuala Perlis dan Langkawi. 

Sembang politik,  nak korek  juga perkembangan.. Ketua²  cawangan lebih banyak memberi tumpuan kepada kos hidup yang makin tinggi.. 
" Turun sendiri tempat pendaratan ikan,  beli direct dengan nelayan, ikan temenung borek sebesar dua jari RM14 sekilo"
No wonder kat pasar RM20++
Harga ikan kembung melambung sah memang bukan dongeng..

Kalau tanpa mengenali mereka, cakapan sudah umpama dari PH....  Ketua² Cawangan mengaku kalau anak buah dan ahli² bertanya  mereka sekadar memberitahu dan memberi petunjuk secara rengkas... "UBAH"

Alhamdulillah.  

Posted by 

PRU14: Pilihan raya tidak bersih, terkotor dalam sejarah Malaysia, dunia

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nada yang keras berkata Pilihan Raya Umum ke -14 kali ini disifatkannya sebagai satu pilihan raya yang tidak bersih dan terkotor dalam sejarah negara dan di mata dunia.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian kerana berkeyakinaan usaha Pakatan Harapan selama ini untuk mendaftar sebagai sebuah pertubuhan parti yang sah masih lagi menemui jalan buntu dengan tindakan pelbagai dilakukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Beliau berkata RoS adalah usaha terakhir kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menghalang kemaraan PH yang dianggotai PKR, AMANAH, DAP dan Bersatu itu untuk menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Kita sendiri dapat maklumat RoS tidak akan meluluskan penubuhan Pakatan Harapan.
“Jika RoS tidak meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan ini bermakna Najib akan menang pilihan raya.
“Ini adalah cara-caranya dia nak menang selain mengubah senarai pengundi dan persempadanan kawasan pilihan raya.
” Selain untuk menangkap calon-calon berpotensi Pakatan Harapan untuk tidak bertanding dan terakhir tidak mendaftarkan Pakatan Harapan dan mengambil tindakan untuk membatalkan kelulusan PPBM.
“Dengan cara ini Najib harap dia boleh menang. Ini menunjukkan penipuan yang sedang dan akan berlaku.
“Pilihan raya diadakan kali ini tidak bersih sama sekali. Ia akan jadi pilihan raya yang terkotor dalam sejarah Malaysia dan mungkin juga dalam sejarah dunia,” ujarnya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat mingguan  Majlis Presiden PH yang diadakan di pejabat Ketua Pembangkang  di bangunan Parlimen hari ini.
Pengerusi Bersatu ini juga berkata, segala rintangan itu bukan menjadi halangan kepada PH untuk meneruskan perjuangan bagi memastikan Umno-BN tumbang pada PRU ke-14 ini.
“Kami akan teruskan persiapan untuk menghadapi PRU ini dan kami ada rancangan untuk menidakkan segala tindakan Umno-BN.
“Kami menerima banyak ide bagaimana kita boleh melawan penipuan Datuk Seri Najib.
“Ini kerana beliau takut dikalahkan kerana takut masuk penjara, Ini perkara amat penting sekali. Beliau boleh masukkan (penjara) orang lain, tetapi beliau sendiri tak sanggup nak masuk ke situ.
“Malang bagi negara kita mempunyai pemimpin seperti ini. Kita amat malu dengan laporan kapal mewah yang dirampas di Indonesia.
“Laporan yang disiarkan jelas berkata Najib adalah ‘pencuri’. Patut dia ambil tindakan pada orang ini. Jika tak betul samanlah.
“Tetapi sama macam Wall Street Journal (WSJ),  sampai sekarang kerajaan tak saman pun.
“Masih ada penyokongnya yang turut bersalah menyokong Najib untuk mempertahankan diri mereka dan mereka kini peralatkan Umno saja,” ujarnya.
Beliau turut berkata, sama ada RoS meluluskan ataupun tidak Pakatan Harapan akan terus kekal bersama dalam menghadapi pilihan raya dan ketika berada dalam Parlimen selepas pilihan raya.
“Jika ada usaha untuk memecahkan kami tetapi dalam parlimen kami akan bertindak bersama.
“Jika didapati ada percubaan melantik perdana menteri yang tidak layak kami akan adakan undi tidak percaya serta merta.
“Kami percaya empat parti akan memberikan undi majoriti untuk lantikan perdana menteri kelak.” ujarnya.
Bahkan Dr Mahathir mendakwa seluruh rakyat Malaysia menyokong usaha Pakatan Harapan untuk menukar kerajaan Umno-BN.
“Mengikut kajian dilakukan seluruh rakyat Malaysia hendak Datuk Seri Najib dijatuhkan. Melainkan yang dapat dedak lah. Yang tak dapat dedak hendak beliau  dijatuhkan dan akan sokong PH sama ada didaftar atau tidak didaftar,” ujarnya yang turut berkata PH mempunyai cara untuk menangani setiap masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan Umno-BN terhadap Pakatan Harapan.
Pada 1 Mac lalu Mahkamah Tinggi, membenarkan PH untuk memulakan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya RoS mendaftarkan gabungan parti itu sebagai pertubuhan berdaftar.
Ini susulan pada 21 Februari PH mengemukakan permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah supaya RoS menjawab permohonan mereka untuk mendaftarkan gabungan itu.
Permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co.
Dalam permohonan itu, PH menamakan Ketua Setiausaha  PH, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai pemohon.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena