Tuesday 13 March 2018

[Video Bagi kami menang, tengok jadi ke tak," Dr M bidas Najib & Saya mohon maaf, rakyat berhak tahu, kata Azmin] Najib yang tambah hutang negara, kata Dr Mahathir.

Selasa, 13 Mac 2018


Foto Otai BERSIH.

Hasil carian imej untuk Foto najib
Najib beri amaran hutang RM1 trilion menanti jika Pakatan ambil alih
Perdana Menteri Najib Razak berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang yang berjanji untuk menghapuskan barang dan perkhidmatan cukai dan tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah M685 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mac, 2018.
NEGARA akan menanggung beban hutang sebanyak RM1.1 trilion jika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan persekutuan, Perdana Menteri Najib Razak memberitahu pelajar universiti hari ini.
Beliau berkata manifesto pilihan raya pakatan pembangkang yang berjanji untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah RM685 bilion.
MD.
Hasil carian imej untuk Gambar najib monyok

Najib yang tambah hutang negara, kata Dr Mahathir

Najib yang tambah hutang negara, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad berkata dakwaan Perdana Menteri Najib Razak bahawa pentadbiran Pakatan Harapan akan jadikan negara tanggung hutang sehingga RM1 trilion tidak berasas kerana gabungan parti pembangkang itu belum pernah diberi peluang mentadbir negara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 13 Mac, 2018.


DR Mahathir Mohamad menangkis dakwaan Perdana Menteri Najib Razak bahawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan menyebabkan negara menanggung hutang sehingga RM1 trilion.
Pengerusi PH itu berkata, dakwaan Najib tidak berasas kerana gabungan parti pembangkang itu belum pernah diberi peluang mentadbir negara.
"Yang naikkan jumlah hutang ini ialah di masa Najib jadi perdana menteri. Kami punya kerja nak kurangkan.
"Apa asasnya benda yang dia kata? Adakah kami dah menunjuk bahawa dulu bila kami berada dalam kerajaan maka kerajaan  mempunyai hutang yang banyak?," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Najib menimbulkan dakwaan berhubung hutang tersebut ketika berucap kepada sekumpulan pelajar universiti semalam.
Beliau berkata demikian bagi memburuk-burukkan manifesto pilihan raya PH yang antara lain berjanji untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan cukai (GST) serta tol lebuhraya.
Kata Najib, langkah itu akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia berjumlah RM685 bilion.
Berucap di hadapan perhimpunan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Najib hari ini berkata negara akan menanggung beban hutang sebanyak RM1.1 trillion jika PH  jika memenangi PRU14  dan mengambil alih kerajaan persekutuan.
Katanya, ini kerana manifesto pilihan raya PH yang berjanji untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta tol akan menyebabkan negara menanggung tambahan hutang RM416 bilion di samping hutang sedia ada, RM685 bilion.
Beliau turut menyentuh isu syarikat di bawah kementerian kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menanggung hutang RM42 bilion.
Katanya, syarikat yang diilhamkan Najib itu merupakan satu penipuan kepada rakyat.
"Pernahkah kita dengar kerajaan Malaysia (sebelum ini) buat penipuan macam tu? Kita tak pernah (dengar). Tapi Najib yang pernah (lakukan).
"Jadi kalau nak tambah hutang lagi, Najiblah yang boleh tambah. Dia pandai macam mana nak tambah hutang," katanya.
Bagaimanapun, pada Januari lalu, Najib mengakui terdapat kesilapan dalam pengurusan 1MDB. – 13 Mac, 2018. 
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena