Thursday, 8 March 2018

[Video Terdiam MP2 BN Dengan Hujah Berapi Gobind Singh] Keluar Pas: ‘Sampai waktunya saya akan tentukan sikap’.

Khamis, 8 Mac 2018

Hasil carian imej untuk Gambar Kapal Equnimity
al- Husseyn: KAPAL LAYAR EQUANIMITY

Keluar Pas: ‘Sampai waktunya saya akan tentukan sikap’

Keluar Pas: ‘Sampai waktunya saya akan tentukan sikap’

Selepas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengumumkan keluar dari Pas pada 31 Disember tahun lalu, banyak pihak sedang menantikan pendirian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad pula.
Beliau yang secara terbuka menyokong Pakatan Harapan walau bagaimanapun memberitahu akan membuat keputusan berkenaan parti pilihannya apabila tiba waktu yang sesuai.
“Saya masih mempunyai waktu. Parlimen belum lagi dibubarkan.
“InsyaAllah, sampai waktunya saya akan menentukan sikap dalam memilih parti mana untuk bersama-sama membawa perubahan kepada rakyat,” katanya dalam slot Terus Terang anjuran Invoke Malaysia semalam.
Dimoderatorkan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, beliau dalam bual bicara hampir 50 minit itu juga konsisten dilihat tidak selari dengan sikap Pas sekarang yang mahu berperanan sebagai Blok Ketiga.
“Dalam konteks sistem politik di negara kita first-past-the-post (atau majoriti mudah) yang menjadi peninggalan British, untuk menumbangkan kerajaan yang memerintah Umno-BN ini, kita mesti ada gabungan dan persefahaman di antara parti pembangkang yang besar.
“Kita tidak boleh bersendirian dan dalam senario ini saya berkali-kali katakan tidak ada kuasa ketiga. Hanya sama ada Umno-BN atau pun Pakatan Harapan.
“Kalau ada pihak mengatakan boleh buat perubahan melalui gabungan ketiga, itu agak jauh daripada realiti yang berlaku di negara kita,” jelasnya.
Menurut Dr Syed Azman yang mula bertanding atas tiket Pas di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1999 atas permintaan Presiden Pas ketika itu, Datuk Fadzil Noor, perubahan hanya boleh berlaku dengan pengukuhan parti-parti pembangkang melalui Pakatan Harapan pada masa ini.
Sehubungan itu, beliau bertegas hal yang remeh-temeh perlu diketepikan terlebih dahulu sebaliknya memberi tumpuan pada perubahan dan pembelaan kepada rakyat.
“Apapun perbezaan dan jurang yang ada, tetapi keperluan yang kita lihat sudah menjadi satu yang kritikal di negara kita dengan masalah rasuah, kepimpinan dan bebanan kos hidup yang dilalui oleh rakyat.
“Ini yang menjadi tanggungjawab setiap ahli politik dan mengetepikan apa jua perkara titik bengik. Pilihan yang terbaik adalah melalui Pakatan Harapan,” tegasnya lagi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena