Jalan atas meja 2. SEKEPING gambar Menteri Pendidikan ...
'Guru sokong HARAPAN ibarat nyamuk tepi telinga'
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid membidas guru yang menyokong Pakatan Harapan tetapi mahu menjadi pengetua sekolah.
"Ada dua, tiga orang bermasalah. Sokong Harapan, Bersatu, beria-ia benar. Ada pakai baju macam tu (Harapan), tulis pula di bawah tu (media sosial).
"Selepas itu pergi ambil Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL).
"NPQEL untuk jadi guru besar, macam mana kamu dengan kerajaan?" Beliau dipetik berkata demikian oleh Sinar Harian dalam suatu majlis di Baling, Kedah hari ini.
NPQEL merupakan kelayakan yang perlu ada bagi menjadikan seseorang guru itu pengetua sekolah.
Mahdzir menggesa guru tidak berlebihan dalam penglibatan politik mereka.
"“Kamu nak jawatan, dalam masa kamu sokong, tunjuk dan hentam. Janganlah keterlaluan. Walaupun tidak ramai, tetapi ia ibarat nyamuk tepi telinga," kata beliau lagi.
Malaysiakini.
RAJA NAMRUD MATI KERANA SEEKOR NYAMUK
RAJA NAMRUD HIDUP DI ZAMAN NABI ALLAH IBRAHIM A.S…. Dia memiliki bala tentera yang kuat seramai 700 ribu tentera berkuda…. Beliau sangat sombong dan menentang Allah…. Dia juga MENIKAHI IBUNYA SENDIRI dan telah MEMBAKAR NABI IBRAHIM hidup-hidup, tapi Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah SWT…. Kisah ini di abadikan dalam Al-Quran: “Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk, serta selamat sejahtera bagi Ibrahim”, (Surah Anbiya 21:69)…
Namrud sangat marah kepada Nabi Ibrahim, kerana selalu mendakwahkannya agar menyembah Allah… Beliau lalu mencabar Nabi Ibrahim: “HAI IBRAHIM, JIKA TUHANMU MEMPUNYAI MALAIKAT, MAKA KIRIMKANLAH KEPADAKU UNTUK BERPERANG DENGANKU.. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”… Maka Nabi Ibrahim a.s. bermunajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi, sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu NYAMUK.”…
Namrud sangat marah kepada Nabi Ibrahim, kerana selalu mendakwahkannya agar menyembah Allah… Beliau lalu mencabar Nabi Ibrahim: “HAI IBRAHIM, JIKA TUHANMU MEMPUNYAI MALAIKAT, MAKA KIRIMKANLAH KEPADAKU UNTUK BERPERANG DENGANKU.. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”… Maka Nabi Ibrahim a.s. bermunajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi, sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu NYAMUK.”…
Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di sebuah padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan… LALU KELUARLAH TENTERA NYAMUK hingga menutupi permukaan bumi dan langit…. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap darah mereka, sehingga semuanya mati bergelimpangan… Namun ALLAH MENUNDA PENYEKSAAN TERHADAP NAMRUD, agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya… Namrud pulang ke istananya dengan perasaan teramat marah….
Tidak lama selepas itu, SEEKOR NYAMUK ITU MASUK KE DALAM KEPALA RAJA NAMRUD melalui telinganya… Setiap hari Raja Namrud merasa amat sakit di kepala... Dia menyuruh pengawalnya memanggil Nabi Ibrahim… Ketika Nabi Ibrahim datang, dia disuruh menyembuhkan sakit di kepala Raja Namrud… NABI IBRAHIM MEMUKUL KEPALA RAJA NAMRUD beberapa kali, dan sakit itu pun hilang…. Ibrahim pun disuruh pulang… Keadaan ini berlaku beberapa hari… Sakit di kepala Raja Namrud semakin teruk…
SUATU HARI, NABI IBRAHIM TIDAK DAPAT DATANG…. Namrud menderita sakit yang amat sangat, angkara seekor nyamuk di dalam kepalanya…. Kerana tidak dapat menahan sakit yang sangat parah itu, NAMRUD MENGHANTUK KEPALANYA KE DINDING ISTANA…. Dia melakukan itu terus-menerus, berkali-kali, hingga AKHIRNYA KEPALANYA PECAH DAN DIA PUN MATI….
DEMIKIANLAH kesudahan orang yang derhaka, TIDAK MAHU TUNDUK KEPADA AJARAN ALLAH, serta mencabar dan melawan hukum Allah… Moga-moga kita mengambil pengajaran….
0 comments:
Post a Comment