Sunday, 6 May 2018

[Video Husam Musa~ Ucapan Di Program Tun Mahathir Bersama Rakyat KELANTAN] Tun M disambut meriah, yakin rakyat pilih PH di Kelantan.

Isnin, 7 Mei 2018

Tun M disambut meriah, yakin rakyat pilih PH di Kelantan

Tun M tiba di Kota Bharu dengan di sambut meriah oleh orang ramai.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Mahathir Mohamad yang tiba di Kota Bharu hari ini yakin rakyat Kelatan mahu membentuk kerajaan baru 9 Mei ini.

Beliau datang ke Kelantan dalam siri jelajah kempen beliau menjelang PRU 14 Rabu ini.
Beliau begitu yakin rakyat akan memilih PH sebagai sebuah kerajaaan baru pada pilihanraya kali ini.
“Hari ini begitu ramai datang berhimpun, di siang hari bekerja, tentu kerana mahu bersama membentuk kerajaan baru,” katanya di hadapan ribuan orang ramai yang bersesak-sesak di Jalan Yaakubiah, Kota Bharu tengahari tadi.
Menurutnya beliau telah menyertai jelajah Harapan di seluruh negara dan sambutan di setiap tempat begitu ramai.
“Tandanya sudah jelas kerajaan akan bertukar apabila rakyat memberi “signal” yang jelas untuk bersama kita.
“Kalau orang Kelantan juga berikan sambutan seperti ini tentulah kita akan membentuk kerajaan pusat dan negeri yang sama selepas pilihanraya ini,” katanya.
Dengan pentadbiran pusat dan negeri yang seiring katanya banyak projek untuk manfaat rakyat dapat di laksanakan.
“Kalau nak royalti minyak atau industri petroleum semuanya akan dapat dilaksanakan dengan mudah,” katanya.
SHUKUR PEMBANGKANG BERSATU
Orang ramai yang memenuhi tapak perhimpunan Jelajah PH walaupun diadakan pada hari bekerja.
Beliau melahirkan kesyukuran kerana akhirnya pembangkang dapat bersatu hingga berjaya menggunakan satu lambang.
“Ini bukan kerja mudah. Begitu banyak halangan terpaksa kita lalui.
“Bila logo Pakatan tidak diluluskan bukan senang untuk parti anggota menggunakan lambang parti Keadilan.
“DAP sebagai parti yang telah begitu lama rela berkorban semata-mata untuk melihat kerajaan Najib ditumbangkan,” katanya.
Beliau menyeru seluruh rakyat Kelantan untuk bersama rakyat seluruh negara menumbangkan kerajaan Najib.
“Kekalkan perpaduan dan kita akan dapat menjayakan usaha ini bagi mengubah negara kepada yang lebih baik,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PH Kelantan, Haji Husam Musa yang berucap sebelum itu mahu rakyat Kelantan meneliti cadagan yang dikemukakan Pakatan.
“Kita meraikan semua sektor masyarakat untuk maju ke hadapan.
“Wanita, orang muda, pendidikan Islam dan kebajiakn semua adalah sasaran utama kita,” katanya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena