Sunday 20 May 2018

[Video Kenapa Najib Simpan Duit Dalam Beg Bukan Dalam Bank?] PM: Pemisahan kuasa perlu bagi elak penyelewengan & Orang Melayu Umno patut tengok video ni! Seramai 641 Profesor dan Profesor Madya sokong Dr Maszlee dilantik menteri pendidikan.

Isnin, 21 Mei 2018

Orang Melayu Umno patut tengok video ni! Sakit hati pulak billboard terang terang tulis macam ni...!



Pemisahan kuasa perlu bagi elak penyelewengan - Dr. Mahathir bin Mohamad
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pemisahan kuasa antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman dilakukan bagi mengelakkan penyelewengan kuasa sekali gus mengekalkan asas demokrasi negara.
Menurutnya, pemisahan tiga kuasa itu perlu ada bagi memastikan periksa dan imbang (check and balance) dapat dilakukan dalam pentadbiran negara.
"Jika tiada 'check and balance' seperti ini maka, tetap berlaku sesuatu yang tidak baik sehingga berlaku di mana seseorang itu tidak dapat ditegur dan tidak dapat dihalang.
"Kalau tiada pemisahan kuasa itu maka akan ada satu pihak yang akan menguasai ketiga-tiga kuasa itu menyebabkan satu pihak itu tidak boleh ditegur dan ditentang sehingga melanggar undang-undang," katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, pagi ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Tun Dr Hasmah Ali.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Seri Mohd Zuki.
Justeru, katanya, kuasa pentadbiran memainkan peranan amat penting bagi menghalang perkara itu di mana setiap pentadbir perlu berikrar berkhidmat untuk negara tanpa dipesongkan oleh lain-lain perkara.
Katanya, jika pentadbir diarahkan untuk melakukan perkara bertentangan undang-undang negara, sudah menjadi tanggungjawab mereka boleh mengelak perkara itu.
"Kita lihat, beberapa tahun lalu, pentadbir tidak mempunyai kuasa menegur atau menentang apabila disuruh melakukan sesuatu yang bertentangan undang-undang negara.
"Kita juga dapati ramai anggota pentadbir, kerana mungkin takut dan disogok mereka telah melakukan perbuatan tidak baik dan merugikan negara," katanya.

Seramai 641 Profesor dan Profesor Madya sokong Dr Maszlee dilantik menteri pendidikan

Seramai 641 Profesor dan Profesor Madya sokong Dr Maszlee dilantik menteri pendidikan
Seramai 641 dikalangan Profesor dan Profesor Madya membabitkan universiti seluruh negara menyokong akan pelantikan Dr Maszlee
Malik  (gambar atas) sebagai Menteri Pendidikan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Survey yang dilaksanakan oleh Kumpulan Profesor Prihatin (KPP) yang berpendapat pelatikan Dr Maszlee adalah tepat dan sesuai dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkaji semula dan mengangkat martabat sistem pendidikan negara.
Ketua KPP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom berkata, Dr Maszlee ialah seorang tokoh akademik muda yang telah membuktikan beliau
seorang yang serba boleh serta kreatif bukan sahaja di dunia akademia tetapi juga di medan masyarakat serta politik.

“Sebagai ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) beliau banyak membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara. Buku-bukunya telah diterbitkan di dalam dan di luar negara oleh para penerbit terkemuka seperti Taylor & Francis dan Routledge.
“Keprihatinan tentang kenestapaan masyarakat telah mendorong beliau untuk bergiat cergas dalam beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO).
” Dr Maszlee juga bukanlah seorang ahli akademik menara gading yang terpisah daripada perjuangan untuk memperbaiki keadaan
masyarakat,” ujarnya.
“KPP percaya insyaAllah Dr Maszlee mempunyai kelayakan serta ketokohan mewujudkan pendidikan yang holistik. Inilah sistem pendidikan yang diperlukan oleh Malaysia baharu,” ujarnya kenyataan itu.
Hari ini Dr Maszlee Malik antara 13 menteri kabinet kerajaan PH yang akan mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dijangka pada jam 5.00 petang ini.
 MD.

1 comments:

azhar rangkuti said...

Kenal Dr Maszlee sbg Ustaz aliran Sunnah yg boleh bicara tentang agama dari perspektif moden

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena