Monday, 21 May 2018

[Video Selamat Tinggal Najib dan Rosma & Sokong kebebasan bersuara, bukan 'ekstremisme' Zakir] Tu diaaa! Lepas Najib BN TUMBANG baru tau rupanya mereka memerintah pandai buat hutang sampai RM1 trilion & Hampir 2 minggu, k'jaan Perlis masih belum dibentuk.

Isnin, 21 Mei 2018


Foto Suara Rakyat.
TU DIA !!!.. lps Najib hilang berkuasa, BN tumbang.. baru tau rupa2nya selama ini mereka memerintah pandai buat hutang. nak selesaikan bayar hutang kene laksana GST 6%. Supaya dpt kerah keringat rakyat drpd muda hingga yg miskin utk bayar hutang negara.

Laki bini anak beranak serta menantu boleh joli sakan ke luar negara hidup mewah beli barang berjenama mewah kononnya menabung dari kecil..

#JANGANLUPA.. esok HARI SELASA Najib wajib hadir ke SPRM utk disoal siasat berhubung kes skandal SRC International Sdn Bhd.

Hampir 2 minggu, k'jaan Perlis masih belum dibentuk



Hampir dua minggu pilihan raya umum selesai, BN Perlis masih belum membentuk kerajaan di negeri itu.
Kesemua negeri, telah pun menyelesaikan pelantikan menteri besar dan exco masing-masing, tetapi di Perlis – satu daripada tiga negeri yang masih dipegang BN – masih belum jelas.
'Kebuntuan' itu tetap berlaku walaupun keputusan pilihan raya umum 9 Mei lalu menyaksikan BN Perlis masih menguasai dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

BN Perlis menang 10 kerusi daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.
Baki lima lagi kerusi dimenangi oleh PKR dan PAS – kemenangan terbanyak pembangkang sejak 60 tahun pentadbiran BN.
Kegagalan membentuk kerajaan itu dikaitkan dengan krisis dalaman, bermula dengan tindakan pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim menamakan adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai menteri besar baru.
Bagaimanapun, penyandang menteri besar Datuk Seri Azlan Man dilaporkan tidak tahu menahu berkaitan perkara itu dan tidak dimaklumkan mengenainya.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah pun memanggil 10 wakil rakyat BN menghadap baginda di Istana Arau pada Isnin minggu lepas bagaimanapun belum jelas kandungan perbincangan dalam pertemuan itu.
Kedua-dua Shahidan dan Azlan kini mengambil sikap berdiam diri.
Bagaimanapun, terdapat spekulasi kencang terdapat usaha melobi sokongan, termasuk daripada pembangkang, telah berlangsung.
Malaysiakini telah pun menghubungi Shahidan dan Azlan sejak minggu lepas dan masih menunggu jawapan mereka.
Sementara itu, pembangkang negeri berharap isu itu dapat diselesaikan secepat mungkin demi kebaikan rakyat terbanyak negeri itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena