Sunday 20 May 2018

[Video Pemuda Umno macam tikus? Musim 'Gugur Buah Buang Buruk Umno' setelah BN BUNGKUS PRU14] Syamsul Debat & Bung Mokhtar Pula Letak Jawatan & LKS: Dari musim katak ke musim kotak.

Isnin, 21 Mei 2018



Hasil carian imej untuk Gambar BN kalah PRU14
“Pegang Bendera Musuh Tanda Dah Menang” – Najib – MYNEWSHUB


‘Dari musim katak ke musim kotak’


Sejak 11 hari berlalu meninggalkan tarikh bersejarah 9 Mei 2018, negara sedang memasuki fasa ‘Malaysia Baru’ bersama Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Sepanjang tempoh singkat ini, pelbagai spekulasi, perubahan dan kejutan berlaku.
“Minggu lalu banyak ‘katak’, minggu ini banyak ‘kotak’!”
Demikian sindir tokoh veteran DAP Lim Kit Siang dipercayai merujuk kepada ‘drama’ melompat parti dan skandal puluhan billion 1MDB yang sedang disiasat polis.
Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu, kejayaan rakyat mencipta sejarah menukar kerajaan secara aman melalui peti undi tidak akan terhenti setakat itu.
“Rakyat selama ini hilang kepercayaan terhadap institusi penting negara dan sudah tiba masanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat melibatkan pemulihan peringkat Eksekutif, Parlimen dan Perundangan,” katanya dalam kenyataannya
Selain itu, Kit Siang berkata sudah tiba masanya untuk menetapkan semula dasar pembinaan dan hala tuju negara bagi mencapai ‘Impian Malaysia’ yang boleh menjadi contoh kepada dunia.
“Sebagai sebuah negara pelbagai suku bangsa, agama, bahasa dan budaya yang mampu hidup harmoni, bersatu, demokratik, progresif dan makmur yang mana kita meletakkan diri kita sebagai Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, daerah dan kedudukan sosio-ekonomi,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena