Sunday 20 May 2018

[Video Tun Mahathir BONGKARKAN Cara Mewah Hidup Najib & Tun M Pernah Dilayan Lebih Buruk] Mahal Sangat Ke Beg Tangan Hermes Birkin? Laporan: Bekas pegawai tinggi mungkin ketuai Cawangan Khas

Isnin, 21 Mei 2018


Mahal Sangat Ke Beg Tangan Hermes Birkin?


Laporan: Bekas pegawai tinggi mungkin ketuai Cawangan Khas


Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador mungkin akan membuat kemunculan semula bagi mengetuai unit perisikan polis itu.
Hamid kemungkinan menggantikan Pengarah Bahagian Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang dijangka menamatkan perhidmatannya pada September, lapor Malay Mail.
Hamid dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2015.
Beliau yang telah berkhidmat dengan pasukan polis selama 37 tahun pada masa itu mendakwa kerajaan memindahkannya kerana siasatan berkaitan 1MDB.
Pemindahannya berlaku sebulan selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disingkirkan.
Gani sebelum ini mendedahkan beliau merancang untuk mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan salah laku jenayah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat Najib berhubung deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi serta deposit daripada SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Beberapa pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan itu kemudian ditahan manakala yang lain dipindahkan.
Pengganti Gani, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.
Jika Hamid kembali mengetuai Cawangan Khas, ia bukan merupakan kali pertama penukaran seumpama itu.
Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull baru-baru ini kembali mengetuai SPRM selepas bersara awal  selepas rombakan dibuat dalam badan itu berikutan siasatan mereka ke atas syarikat berkaitan 1MDB.
Penyiasat antarabangsa mendakwa deposit berbilion ringgit dalam akaun Najib berasal dari 1MDB.
Najib mendakwa wang itu adalah derma daripada kerabat Diraja Arab Saudi dan menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang awam untuk keuntungan peribadi.
Ketika mengumumkan pelantikan Mohd Shukri, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau mempunyai banyak maklumat berkaitan 1MDB.
Perdana menteri juga mendakwa beberapa ketua agensi yang dilantik oleh Najib terlibat dalam skandal 1MDB.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan laporan Malay Mail secara bebas.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena