Sunday 20 May 2018

[Video Dah Lama Rupanya TUN MAHATHIR Suruh Siasat Kes Altantuya] Sirul Akan Pulang Dan Dedahkan Kes Pembunuhan Altantuya? Sifar GST! Adakah Najib yang sebenarnya masih berfantasi?

Ahad, 20 Mei 2018

Sirul Akan Pulang Dan Dedahkan Kes Pembunuhan Altantuya


Hasil carian imej untuk Gambar pembunuhan altantuya
Kes Pembunuhan Altantuya Masih Hangat?

Kes Altantuya Azilah & Sirul bebas tuduhan



NAJIBKAH YANG BERFANTASI? SIFAR GST LEBIH STRATEGIK BERBANDING MENGHAPUSKAN SISTEMNYA


Najib Razak berkata, janji kerajaan Pakatan Harapan untuk menghapuskan cukai GST adalah tidak realistik dan hanya merupakan suatu fantasi.

Itu adalah fantasi, tak mungkin mereka mampu melaksanakannya, tambah Najib lagi.

Adakah Najib yang sebenarnya masih berfantasi?

Ataukah Najib juga merasakan beliau masih duduk di kerusi Perdana Menteri lagi ketika ini?

Tidakkah beliau sedar kerajaan Pakatan Harapan sudah pun mengumumkan bahawa mulai 1 Jun depan tiada lagi cukai GST dikenakan kepada rakyat atas sebarang pembelian mereka.
Apa  lagi yang fantasinya?

Menjadikan kadar GST sebagai sifar sebenarnya sama saja dengan menghapuskan cukai itu kerana yang penting tiada bayaran tambahan dikenakan kepada pengguna.

Harus diingat bahawa oleh kerana sistem percukaian GST itu sudah diperkenalkan dan jika ia mahu dihapuskan dengan maksud untuk menghapuskan cukai GST, ia mungkin memerlukan masa untuk dilaksanakan serta menyebabkan ada masalah lain yang timbul.

Tetapi, dengan menjadikan kadarnya sebagai sifar, janji menghapuskan GST itu dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan pantas serta tidak perlu menunggu sehingga 100 hari pun.
Dakwaan Najib bahawa menjadikan kadar GST sebagai sifar juga bermakna ia mungkin ditambah pada masa depan barangkali tidak boleh diterima kerana ia adalah komitmen Pakatan Harapan kepada rakyat yang telah diterima dengan baik.

Mengembalikan cukai GST oleh Pakatan Harapan tentu saja akan mengundang petaka kepada kuasa yang dipegang sekarang.

Malah, dengan tidak menghapuskan sistem cukai GST tetapi hanya menjadikan kadarnya sifar, pengundi akan lebih takut untuk memilih BN dalam pilihanraya seterusnya kerana kemungkinan mereka akan mengembalikan kadarnya kepada 6 peratus atau lebih daripada itu jika kembali berkuasa.

Jadinya, keputusan Tun Mahathir menjadikan kadar  GST kepada sifar dan dalam masa yang sama mengekalkan sistemnya bolehlah diangggap tindakan strategik untuk menghalang BN daripada berkuasa kembali.

Adakah Najib masih mahu berfantasi lagi? (ShahbudinHusin 20/05/2018)


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena