Tuesday 22 May 2018

[Video RM2.6b dari Putera Arab? Ini jawab bos SPRM] Terbukti 'Program Rasionalisasai Najib UmnoBN' PEMBOHONGAN BESAR terhadap negara & Arul Kanda MENIPU rakyat M'sia! 1MDB Projek Mega UmnoBN sumbang hutang negara RM1 trilion.

Rabu, 23 Mei 2018

Foto Suara Rakyat.
#BreakingNews.. Najib & kerajaan terdahulu BN telah membuat satu pembohongan besar-besaran kononnya program rasionalisasi adalah untuk membayar hutang2 #1MDB.

HAKIKATNYA, Menteri Kewangan baru Lim Guan Eng hari ini mendedahkan kerajaan sendiri bayar hutang 1MDB sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017.. BUKANNYA bukan program rasionalisasi syarikat berkenaan.

LEBIH DAHSYAT.. Najib Razak tak benarkan Ketua Audit Negara mengakses laporan dan akaun-akaun tertentu ketika Najib berkuasa !!!

#NajibPembohong #ArulKandaPenipu

1MDB, projek mega sumbang hutang negara RM1 trilion


Menteri Kewangan yang baru dilantik, Lim Guan Eng hari ini mengesahkan hutang negara melebihi RM1 trilion dengan faktor penyumbang termasuk hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan projek mega yang diluluskan kerajaan pimpinan sebelum ini.
Beliau berkata angka hutang RM1 trilion itu akan dinilai semula sebaik sahaja pelbagai jabatan menyatukan akaun masing-masing kerana sebelum ini terdapat fail dan laporan tidak dapat diakses.
“Ya, saya mengesahkan kenyataan (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hutang negara melebihi RM1 trilion.
“Jumlah itu adalah jauh lebih tinggi berbanding yang dimaklumkan oleh kerajaan terdahulu...1MDB​​​​​​​ merupakan faktor utama, namun sekali lagi, saya berpendapat beberapa maklumat ini tidak dimaklumkan sepenuhnya.
“Kini, kita mahu semuanya terbuka,” katanya semasa sidang media di Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata arahan telah diberikan untuk memastikan semua akaun dapat diakses oleh pegawai Perbendaharaan dan Jabatan Audit Negara.
Lim juga bersetuju dengan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa projek​​​​​​​ mega kerajaan sebelum ini menyumbang kepada hutang negara dan oleh yang demikian kerajaan akan mengkaji semula daya maju projek berkenaan.
Mengenai pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), beliau berkata kerajaan akan menggantikan​​​​​​​ Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan SST secepat mungkin.
“Sudah tentu ia akan dibuat tahun ini juga tetapi biar kami melaksanakannya secara teliti sebelum​​​​​​​ memberikan tarikh tepat kepada anda,” katanya.
Bagi kadar SST, beliau berkata ia akan berdasarkan manifesto Pakatan Harapan iaitu menggunakan kadar sebelum ini iaitu 10 peratus.
Berkenaan kedudukan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Lim berkata pengumuman akan dibuat selepas perbincangan dengan perdana menteri.
Pada 14 Mei, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan memutuskan untuk​​​​​​​ memendekkan kontrak perkhidmatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan​​​​​​​ Serigar​​​​​​​ Abdullah kepada 14 Jun, 2018.
- Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena