Tuesday 22 May 2018

[Video Patutlah Ramai ADUN Umno Nak Sertai PH & Saya tinggalkan Umno sebab Presiden 'mencuri wang rakyat'] Rakyat bergelut cari rezeki kena bayar GST TETAPI pemimpin BN balun duit rakyat berbilion2! Kevin Morais yang salurkan maklumat kes penyelewengan 1MDB kepada saya – Clare (Editor Sarawak Report).

Rabu, 23 Mei 2018

KENAPA SAYA KELUAR UMNO!


Saya tinggalkan umno sebab...


Foto Suara Rakyat.
Baru 11 beg daripada 72 beg dikira dah RM100juta ??

Belum habis kira baki 61 beg... Jika habis kira kesemuanya kemungkinan cecah atau melebihi setengah bilion ringgit.

Rakyat bergelut cari rezeki kena bayar GST TETAPI pemimpin BN hidup mewah selama ini ?

p/s: Mengikut laporan dari Kosmo Online kesemua wang tersebut dikatakan sudah dihantar ke Bank Negara Malaysia (BNM) malam semalam.

Hasil carian imej untuk Gambar Kevin Morais
kevin morais

‘Kevin Morais yang salurkan maklumat kes penyelewengan 1MDB kepada saya’ – Clare


Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mendedahkan, mendiang Kevin Morais yang menyalurkan maklumat mengenai siasatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Saya dihubungi secara langsung oleh orang itu (yang menyiapkan kertas pertuduhan). Saya rasa dia adalah Kevin Morais. 
“Saya mempunyai sumber yang saya tidak akan dedahkan, sumber yang boleh dipercayai memberitahu ia adalah Kevin Morais,” katanya. 
Tiga tahun lalu, adik kepada mendiang Kevin iaitu Charles, membuat akuan berkanun yang mendakwa Kevin merangka kertas pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak dan menghantar salinannya kepada Sarawak Report.
Kertas-kertas pertuduhan itu dihantar sehari selepas Najib memecat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan beberapa pegawai tinggi dalam kerajaan yang didakwa cuba mengulangi pendakwaan terhadapnya. 
Menurut kenyataan Charles kepada media, dia tidak percaya bahawa dakwaan kononnya mendiang Kevin diculik dan dibunuh mempunyai kaitan dengan beberapa kes rasuah beberapa individu yang sedang menghadapi perbicaraan ketika itu. Charles kemudian menuntut bedah siasat kali kedua. 
Mendiang Kevin dipercayai telah diculik pada 4 September 2015 dan dicekik sehingga mati sebelum mayatnya disumbat dalam tong dram yang kemudian diisi dengan simen. 
Pihak berkuasa menemui tong dram tersebut di Persiaran Subang Mewah, berhampiran Subang Jaya selepas dua minggu mangsa dilaporkan hilang.
Seperti Charles, Clare juga meragui penjelasan rasmi terhadap pembunuhan itu dan menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan mendalam terhadap kes itu. 
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada minggu lalu mengesahkan, Gani Patail telah ditamatkan kontraknya kerana beliau telah bersedia untuk melakukan pendakwaan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, selepas pihaknya mengesan sejumlah wang RM42 juta milik SRC dimasukkan ke dalam akaun peribadi individu-individu tertentu. 
Bagaimanapun, Najib menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.
Sumber: Malay Mail via The Reporter

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena