Tuesday 22 May 2018

[Video Najib Kian Sulit Lolos dari Penjara & 'Edisi BONGKAR Najib' Hasil rampasan di kediaman Najib] Guan Eng: Tiada lagi ‘fail sulit merah’ kewangan negara.

Rabu, 23 Mei 2018

Guan Eng: Tiada lagi ‘fail sulit merah’ kewangan negara


Pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan mendakwa mereka dihalang daripada mengakses "fail sulit merah" tertentu oleh pentadbiran BN sebelum ini ketika menjalankan kewajipan profesional mereka dengan integriti.
Perkara ini didedahkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang berkata beliau menerima aduan itu semasa beberapa siri mesyuarat awal hari ini dengan semua pegawai kanan perbendaharaan, yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa.
Sejak memulakan tugas pada hari pertama di pejabat pagi ini, Lim berkata beliau juga berjumpa dengan Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad dan pasukan pegawainya.
"Kedua-dua mereka memberi taklimat kepada saya mengenai status semasa kewangan negara dan apa yang mengejutkan adalah bahawa mereka dilarang mengakses akaun dan laporan tertentu.
"Terdapat juga aduan bahawa 'fail sulit merah' tertentu hanya boleh diakses oleh orang tertentu, yang menghalang pegawai dan juruaudit menjalankan kewajipan profesional mereka dengan integriti," kata Lim pada sidang akhbar di kementerian kewangan hari ini.
Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah memperdaya orang awam mengenai beberapa perkara kontroversi terutama berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), malah telah menyalahlaporkan mengenai kedudukan kewangan negara di Dewan Rakyat.
"Siasatan dan pencarian yang mendalam serta menyeluruh masih dilakukan bagi mendapatkan data dan maklumat kewangan yang berkenaan.
"Saya juga telah mengarahkan supaya semua akaun dibuka kepada perbendaharaan dan ketua audit negara bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan telus dan berkesan.
"Kedua-dua perbendaharaan dan ketua audit negara akan meneruskan pencarian fail berkenaan bagi memberi gambaran lebih jelas kepada kerajaan persekutuan mengenai kedudukan kewangan negara," katanya.
Mengulas lanjut, Lim berkata di sebalik semua cabaran, beliau optimis dan yakin untuk memulihkan kembali kewangan negara.
"Kewangan Malaysia dan sistem perbankan kekal meyakinkan dan berdaya tahan. Tambahan, pinjaman tidak berbayar (NPL) mewakili kurang satu peratus daripada keseluruhan portfolio pinjaman.
"Asas ekonomi negara kekal kukuh, justeru sebaik sahaja kita mampu membersihkan kewangan kerajaan, kita akan mampu mengukuhkan lagi keyakinan pelabur dan orang awam kepada Malaysia," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena